fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

FBM KLCI Uji Paras 1,730 Tahun Ini – Rakuten Trade

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama

Kredit: MEDIA MULIA

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) — Rakuten Trade Sdn Bhd menjangkakan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguji paras 1,730 tahun ini, berdasarkan nisbah harga pendapatan sebanyak 16 kali ke atas pertumbuhan pendapatan 2025.

Ketua Penyelidikannya Kenny Yee berkata berdasarkan penilaian yang sama terhadap anggaran 2026, indeks itu seharusnya berlegar sekitar 1,860. 

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Pada Awal Dagangan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

“Bagi ringgit, kami percaya mata wang tempatan kini sedang mengalami sedikit normalisasi dan menjangkakan ia bergerak dalam julat 4.30-4.40 (berbanding dolar AS) disebabkan oleh kadar faedah yang kekal tinggi di Amerika Syarikat (AS) untuk 2025,” katanya.

Semasa webinar ‘2025 Market Outlook Media Briefing: Stairway To Heaven’, Yee memberi amaran tentang kemungkinan kejutan dari AS disebabkan pelbagai cabaran yang dihadapi, terutamanya pemotongan kadar oleh Rizab Persekutuan AS, hasil bon dan siling hutang yang tinggi serta penilaian yang tinggi, yang mungkin menimbulkan kesan gelora dalam pasaran global.

“Bagi separuh pertama 2025 (1H 2025), saya akan mengatakan ia kekal terurus, dengan syarat Presiden AS Donald Trump tidak mengambil sebarang tindakan yang di luar jangka.

“Wall Street kini disokong oleh kecairan yang mencukupi. Oleh itu, kami menasihatkan pelabur supaya berwaspada dengan peningkatan turun naik yang mungkin berlaku menjelang separuh kedua 2025, terutamanya apabila sentimen mula berubah berikutan kadar AS yang tinggi berterusan,” tambahnya.

Pada 2024, Malaysia menyaksikan pelaburan langsung asing (FDI) yang ketara dari AS, Eropah dan China, terutamanya dalam sektor teknologi dan teknologi hijau, dengan pelaburan berjumlah kira-kira US$17 bilion atau RM80 bilion.

Sementara itu, Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dilancarkan baru-baru ini akan menjadi pendorong yang amat diperlukan untuk FDI di masa depan, katanya.

Yee berkata ringgit juga mengukuh berbanding dolar AS, daripada paras rendah 4.80 kepada paras semasa 4.50, manakala pendapatan korporat di Malaysia dijangka meningkat sekitar 17 peratus pada 2024.

Pada 2025, pendapatan mungkin mengalami pertumbuhan mampan hampir 10 peratus, manakala pada 2026, dijangka pertumbuhan yang membanggakan pada 7.1 peratus, disokong oleh penambahbaikan secara menyeluruh.

— BERNAMA

Tags: FBM KLCIFDIRakuten TraderinggitTrump
Share227ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Pada Awal Dagangan

14 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

2 days ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Market Update

China Beri Amaran Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Terlibat Sekatan Cip AS

2 days ago
Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan
Catalyst

Sarawak Cable, Annum Hadapi Nyahsenarai Selepas Bursa Securities Tolak Lanjutan Rayuan

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In