fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Susut Pada Sesi Awal, Jejak Prestasi Suram Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia susut pada sesi awal dagangan Jumaat seiring dengan prestasi semalaman Wall Street yang lebih suram.

Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.96 mata kepada 1,551.58 daripada paras 1,555.54, semalam.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

Indeks penanda aras itu dibuka turun 2.11 mata kepada 1,553.43.

Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 183 berbanding 84 manakala 226 kaunter lain tidak berubah, sebanyak 1,884 tidak diniagakan dan 19 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 181.44 juta unit bernilai RM97.33 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street mengakhiri dagangan hariannya semalam dalam zon negatif susulan penjualan saham teknologi mega seperti Apple, Nvidia dan Alphabet. 

Bagi pasaran domestik, beliau berkata prestasi FBM KLCI semalam gagal mengekalkan peningkatan dalam dagangan sebelum ini selepas diasak tekanan jualan yang berterusan.

“Ini kebanyakannya mewakili dana asing dengan aliran keluar bersih sebanyak RM1.45 bilion sejak awal 2025.

“Kami mengesyaki perkembangan itu dikaitkan dengan ketidakpastian susulan kembalinya Donald Trump sebagai presiden. Oleh itu, kami menjangkakan keadaan sama beberapa hari ini dengan indeks bergerak dalam lingkungan 1,550-1,560 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan CIMB tidak berubah pada RM10.14 dan RM7.99 manakala Public Bank turun satu sen kepada RM4.38, IHH berkurangan dua sen kepada RM7.09 namun Tenaga menokok 16 sen kepada RM13.28.

Bagi saham aktif, TWL Holdings dan Yew Lee Pacific masing-masing mendatar pada 2.5 sen dan 56 sen manakala Velocity Capital naik setengah sen pada 8.5 sen.

Gamuda sebaliknya susut 29 sen kepada RM3.97 dan Aimflex berkurangan setengah sen kepada 13.5 sen.

Bagi indeks pula, Indeks FBM Emas turun 33.18 mata kepada 11,891.86, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan sebanyak 44.03 mata kepada 11,718.67 dan Indeks FBMT 100 merosot 34.88 mata kepada 11,580.01.

Indeks FBM 70 susut 73.36 mata kepada 17,757.15 manakala Indeks FBM ACE turun 10.63 mata kepada 5,184.31.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Tenaga turun 2.81 mata kepada 828.67, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 17.64 mata kepada 18,717.69 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.34 mata kepada 165.01 dan Indeks Perladangan merosot 10.42 mata kepada 7,325.96.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIWall Street
Share202ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Teruskan Momentum Kenaikan Semalam

6 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Dipacu Sokongan Belian Saham Wajaran Tinggi

7 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Rundingan China-AS

1 week ago
AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group
Market Update

AMMB Holdings Kembali Sertai FBM KLCI Menggantikan Hong Leong Financial Group

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In