fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Analisis RHB: IPO Northern Solar

in Asas Saham
A A
10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Northern Solar Holdings Berhad
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp
  • Perihal Syarikat

Northern Solar berkecimpung dalam perniagaan melibatkan EPCC sistem PV suria, penjanaan RE dan O&M peralatan dan sistem PV suria.

  • Nilai berpatutan (FV) MYR0.72 diberi berdasarkan P/E FY26F 15x

Northern Solar bertujuan mengumpul MYR42.4j dana daripada tawaran awam awalnya (IPO), khusus untuk membiayai modal kerjanya bagi mengembangkan portfolio dalam kerja kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) sistem fotovolta (PV) suria. Kami menanggarkan CAGR perolehan tiga tahun mencecah 28.1%, didorong oleh sasaran Malaysia untuk mencapai komposisi 70% tenaga boleh baharu (RE) menjelang 2050. Perkara ini dijangka akan meningkatkan penggunaan tenaga suria dengan ketara.

  • Gambaran menyeluruh perniagaan

Pelibatan utama Northern Solar adalah dalam kerja EPCC sistem PV suria, penjanaan RE, dan operasi & penyelenggaraan (O&M) peralatan dan sistem PV suria. Kumpulan ini beroperasi terutamanya dalam industri PV suria tempatan. Setakat tarikh boleh laksana terkini (LPD), ia telah memasang kapasiti sejumlah 71.9MWp yang merangkumi bangunan kediaman dan juga komersial & perindustrian (C&I).

Berkaitan

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Oasis Home Terlebih Langgan 1.55 Kali

ICT Zone Asia Sasar Kumpul RM26.6 Juta Daripada IPO Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

IPO Oasis Home Holding Berhad: Dari TikTok Live ke Bursa Malaysia

  • Pelan pengembangan

Northern Solar memperuntukkan 68.8% hasil IPO untuk kegunaan modal kerja, yang membabitkan pengambilan kakitangan kejuruteraan dan perniagaan, dan pemerolehan bahan-bahan projek. Dengan menggunakan dana ini untuk menampung keperluan modal kerja yang berkait dengan kerja-kerja kontrak, kumpulan ini akan meningkatkan keupayaannya untuk menender projek dan mengembangkan portfolio dalam segmen EPCC sistem PV suria.

  • Ramalan

Kami meramalkan hasil Northern Solar akan bertumbuh pada CAGR tiga tahun 26.7%, dengan dorongan utama daripada pesanan yang semakin banyak diterima daripada pelanggan-pelanggan C&I, iaitu selaras dengan tekad negara ini ke arah peralihan tenaga. Setakat 19 Nov 2024, buku pesanan syarikat ini mencecah MYR83.2j, dan dijangka akan diiktiraf dalam masa 12 bulan. Northern Solar memiliki buku tender yang kukuh bernilai MYR1.3bn. Potensi kenaikan nilai syarikat ini dapat dilihat melalui kerjasamanya dengan Lagenda Properties yang belum lagi diambil kira dalam nilai buku tender dan buku pesanannya. Selain itu, kami juga mengandaikan margin bersih sebanyak 17.1% untuk FY25, disokong oleh margin untung kasar yang kukuh, oleh sebab harga panel yang menurun. Walau bagaimanapun, kami menjangkakan margin bersih akan menurun kepada 13.9% dan 12.5% pada FY26 dan FY27, sekali gus membawa kepada CAGR perolehan tiga tahun 28.1%.

  • Penilaian

Kami mengenakan P/E 15x pada perolehan FY26F kumpulan ini untuk mendapatkan FV sebanyak MYR0.72. Saham-saham pesaing yang terpilih terlibat sama ada dalam EPCC suria dan/atau penjanaan RE. Syarikat yang berkecimpung dalam bahagian EPCC suria selalunya mencatat nilai P/E antara 14-23x, kecuali Mega First Corp (MFCB MK, TIADA SARANAN), yang merupakan pemilik aset. P/E sasar kami berada pada paras lebih rendah dalam julat berkenaan, kerana modal pasaran Northern Solar yang jauh lebih kecil, selain tumpuannya yang terarah pada projek EPCC C&I. Walaupun asas perolehannya tidak jauh berbeza dengan Samaiden Group (SAMAIDEN MK, BELI, TP: MYR1.62), ia mencatat P/E sasar lebih rendah berikutan kurangnya pelibatan dalam segmen berskala utiliti.

  • Risiko utama
  • Buku pesanan bertambah dengan perlahan;
  • Kebergantungan pada dasar-dasar RE kerajaan;
  • Lebihan kos daripada projek yang tertangguh atau ketidakmampuan untuk menyiapkan projek;
  • Kos projek semakin tinggi daripada yang disangkakan;
  • Risiko tuntutan liabiliti kecacatan produk oleh pelanggan;
  • Risiko persaingan.

Baca laporan analisis penuh:  Northern Solar : Syarikat Suria Baharu Bakal Menyingsing (17 Jan 2025)

Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Northern Solar : Here Comes The Sun (17 Jan 2025)

Penganalisis
Miza Izaimi +603 2302 8121([email protected])
Sean Lim, CFA +603 2302 8128 ([email protected])

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: IPONorthern Solarrhb research
Share223ShareSend

Related Posts

IPO Oasis Home Holding Berhad: Dari TikTok Live ke Bursa Malaysia
Asas Saham

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Oasis Home Terlebih Langgan 1.55 Kali

4 days ago
ICT Zone Asia Sasar Kumpul RM26.6 Juta Daripada IPO Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

ICT Zone Asia Sasar Kumpul RM26.6 Juta Daripada IPO Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

1 week ago
IPO Oasis Home Holding Berhad: Dari TikTok Live ke Bursa Malaysia
Asas Saham

IPO Oasis Home Holding Berhad: Dari TikTok Live ke Bursa Malaysia

2 weeks ago
Hartanah Kenyalang Lancar Prospektus IPO Sasar Kumpul RM19.3 Juta
Asas Saham

Hartanah Kenyalang Lancar Prospektus IPO Sasar Kumpul RM19.3 Juta

3 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In