fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Sentimen Pulih Pacu Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal

in Market Update
A A
Morning Market Update
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia melantun untuk dibuka lebih tinggi pada sesi awal dagangan Khamis, didorong oleh pemulihan sentimen susulan prestasi semalaman Wall Street yang memberangsangkan.

Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 11.20 mata atau 0.71 peratus kepada 1,573.32 daripada 1,562.12 selepas dibuka menambah 10.49 mata kepada 1,572.61.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 328 berbanding 83 manakala 226 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,738 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Melantun, Akhiri Penyusutan Dua Hari

Pengenaan Tarif AS Seret Turun Bursa Malaysia Ketika Dibuka

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Jumlah dagangan sebanyak 316.43 juta unit bernilai RM151.54 juta.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata pasaran tempatan mencatat peningkatan selepas pelabur gembira dengan usaha meredakan ketegangan geopolitik di Timur Tengah berikutan pengesahan gencatan senjata oleh Israel-Hamas selain perjanjian berkaitan tebusan di Gaza.

Perjanjian itu dilaporkan akan berkuat kuasa pada hari Ahad, 19 Januari.

Pada masa sama, kebimbangan pasaran turut berkurangan apabila data indeks harga pengguna  (IHP) AS yang mengatasi jangkaan manakala Bank of Korea mengekalkan kadar faedah.

Semua perkembangan itu dijangka membawa kepada peningkatan aktiviti memburu saham-saham berharga rendah di pasaran, kata Mohd Sedek kepada Bernama.

Sementara itu Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata prestasi Wall Street melantun semula selepas IHP Disember mencatat angka lebih rendah daripada dijangkakan, sekali gus membayangkan kenaikan kadar faedah AS tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

Berikutan itu, hasil Perbendaharaan 10 tahun AS susut di bawah paras 4.7 peratus kepada 4.655 peratus.

Di peringkat tempatan, beliau berkata indeks petunjuk utama FBM KLCI terus diasak aktiviti jualan asing apabila mengakhiri dagangan 15 Jan, 2025, di paras hanya melepasi 1,560.

“Kami menjangkakan dana asing berkemungkinan melepaskan pegangan mereka menjelang majlis pelantikan rasmi Donald Trump sebagai presiden dan menunggu tindakan pentadbirannya berhubung tarif.

“Dalam memasuki tempoh yang sudah mencecah pertengahan Januari, indeks itu telah kehilangan sebanyak lima peratus. Bagaimanapun, kami menganggap ini sebaliknya sebagai peluang terbaik bagi pelabur mengumpul saham, sekali gus menjangkakan indeks akan berlegar dalam julat 1,565-1,580 pada hari ini,” katanya kepada Bernama.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank menokok dua sen kepada RM10.16, Public Bank naik lima sen kepada RM4.45, CIMB meraih 11 sen kepada RM7.96 dan Tenaga melonjak 18 sen kepada RM13.68 manakala IHH tidak berubah pada RM7.10.

Bagi saham aktif, CBH Engineering Holding Bhd yang baru disenaraikan menokok 5.5 sen kepada 33.5 sen, Velocity Capital, Aimflex dan Mestron masing-masing naik setengah sen kepada 8.5 sen, 15 sen dan 26.5 sen.

Indeks FBM Emas melonjak 91.44 mata kepada 12,043.16, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 89.22 mata kepada 11,918.26 dan Indeks FBMT 100 meningkat 90.20 mata kepada 11,732.65.

Dalam pada itu, Indeks FBM 70 meningkat 162.87 mata kepada 17,955.43 manakala Indeks FBM ACE menambah 37.79 mata kepada 5,188.99.

Mengikut sektor pula, Indeks Tenaga meningkat 7.84 mata kepada 829.63, Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 123.68 mata kepada 18,790.60, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.53 mata kepada 166.58 manakala Indeks Perladangan menokok 21.53 mata kepada 7,391.54.

— BERNAMA

Tags: ASBursa MalaysiaFBM KLCIsesi awal
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Melantun, Akhiri Penyusutan Dua Hari

3 days ago
Pengenaan Tarif AS Seret Turun Bursa Malaysia Ketika Dibuka
Market Update

Pengenaan Tarif AS Seret Turun Bursa Malaysia Ketika Dibuka

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 week ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In