• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Saham Pilihan Hari Ini: Bursa Malaysia ($BURSA)

in Catalyst, Saham, Trading Idea
A A
Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama

Kredit: MEDIA MULIA

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

  • Saranan NEUTRAL dikekalkan
  • Harga sasar (TP) baharu mencecah MYR8.80 daripada MYR9.70, potensi harga saham menaik 5% dengan kadar hasil dividen sekitar 4% untuk FY25F.

Pada pandangan kami, Bursa Malaysia mungkin dapat mencatatkan untung bersih 4Q24 berjumlah MYR75-85j apabila ia mengumumkan
keputusan kewangannya pada 27 Jan. Hal ini bermakna syarikat pertukaran ini dapat melepasi sasarannya untuk FY24 dengan selesa. Namun begitu, kami
menjangkakan keadaan pasaran yang lemah sejak akhir-akhir ini akan berlarutan ke 2025, lantas menyebabkan pertumbuhan perolehan negatif pada tahun tersebut. Oleh demikian itu, kami kekalkan saranan NEUTRAL terhadap saham ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

  • Prestasi suku tahun diterajui oleh perdagangan derivatif

Nilai dagangan harian purata sekuriti (SADV) yang didagangkan jatuh kepada RM2.9bn (-24% QoQ, +6%YoY) pada 4Q24.

Kami berpendapat prestasi lemah ini berpunca daripada ketidaktentuan yang menyelubungi pasaran ekonomi AS dan tindakan mengambil keuntungan, khususnya daripada pelabur asing. Kami juga menyaksikan penyimpangan aliran perdagangan ke China, susulan pengumumannya tentang dasar-dasar pengembangan bagi merangsang ekonomi.

Sebaliknya, pasaran derivatif mengalami nilai dagangan lebih tinggi untuk niaga hadapan minyak sawit mentah (CPO), disebabkan oleh harga asas komoditi yang menaik dengan kukuh. Kontrak purata harian derivatif (DADC) yang didagangkan mencecah 107 ribu pada suku tersebut, iaitu paras sukuan tertinggi yang pernah dicapai oleh BURSA.

  • 2024 – tahun yang mencatat pelbagai rekod baharu

Untuk tahun ini, nilai SADV mencecah RM3.44bn, iaitu melonjak naik 50% YoY ekoran keyakinan pelabur yang kukuh dan ekonomi tempatan yang bertahan. Selain tahun 2020 dan 2021 ketika musim COVID-19 yang mencatat prestasi kukuh luar biasa, nilai SADV untuk 2024 adalah yang tertinggi dalam rekod. Dalam hal lain, DADC meningkat 26% YoY kepada 92 ribu, iaitu satu lagi rekod baharu buat BURSA. Syarikat pertukaran ini juga menerima 55 penyenaraian baharu pada 2024, sekali gus mengatasi paras tertinggi dahulu iaitu 40 IPO pada 2006. Penyenaraian-penyenaraian baharu ini merangkumi modal pasaran melebihi RM30bn, yang melangkaui sasaran bursa ini iaitu MYR13bn untuk tahun itu.

  • Pandangan awal keputusan

Melihat pada perkara-perkara di atas, kami berpendapat BURSA mungkin dapat merekodkan jumlah pendapatan sebanyak RM200-210j pada 4Q24. Jika opex untuk suku tersebut mencecah sekitar RM100j (CIR kira-kira 48-50%) dan kadar cukai berkesan 26% (setakat 9M24), hal ini membawa kepada PAT sukuan bernilai MYR75-85j, atau menaik 26-43% YoY (QoQ: -4-+9%). Dengan itu, jumlah PAT FY24 akan mencecah MYR316-326j (+25- 29% YoY). Anggaran PBT FY24 kami sebanyak MYR430-440j melepasi julat sasaran MYR361-379j oleh pihak pengurusan.

  • Prospek berjaga-jaga

SADV yang lemah pada 4Q24 dilihat berterusan ke tahun baharu, dengan pelabur asing menjual lebih banyak daripada membeli dalam dua minggu pertama tahun ini. Pandangan yang kadar dasar AS akan kekal lebih tinggi untuk lebih lama juga menimbulkan risiko negatif terhadap kegiatan pasaran sekuriti. Walau bagaimanapun, kami menjangka pasaran derivatif akan terus mencatat prestasi baik, lebih-lebih lagi kerana kami meramalkan harga CPO akan terus kukuh (pada RM4.4-4.8 ribu/tan), paling kurangnya sehingga 1H25.

Kami memotong SADV FY25-26F sebanyak 14% dan 5%, lalu menyebabkan anggaran perolehan kami menurun 9% dan 4%. Dengan itu, TP kami (berdasarkan
P/E FY25F 24.5x) – yang mengambil kira premium ESG 6% – jatuh kepada MYR8.80.

Baca laporan analisis penuh:   Bursa Malaysia : Melayari Gelora Pasaran (16 Jan 2025)

Laporan Sebelumnya: Bursa Malaysia : A Good Year Almost Done, Uncertain Times Ahead (1 Nov 2024)

Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Bursa Malaysia : Navigating Muddy Waters (16 Jan 2025)

*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Penganalisis:
Nabil Thoo +603 2302 8123 ([email protected])
David Chong, CFA +603 2302 8106 ([email protected])

Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Bursa Malaysiarhb researchtrading idea
Share262ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In