• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini disebabkan aktiviti memburu saham mewah murah walaupun prestasi semalaman Wall Street bercampur-campur.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 8.75 mata kepada 1,594.34 daripada 1,585.59 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks dibuka tinggi 7.38 mata kepada 1,592.97.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 244 berbanding 94, dengan 256 kaunter tidak berubah, 1,765 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 196.98 juta unit bernilai RM103.95 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup bercampur-campur apabila peniaga memindahkan pegangan mereka dalam saham teknologi kepada sektor lain terutamanya industri tenaga dan memantau laporan indeks harga pengguna AS esok.

Sementara itu, hasil 10 tahun AS naik lebih tinggi kepada 4.79 peratus, katanya.

“Pada skala yang lebih luas, pasaran Asia merosot apabila prospek penurunan kadar faedah di AS berkurangan berikutan data pekerjaan yang kukuh.

“Susulan penjualan baru-baru ini, pelabur sedang menyusun semula strategi mereka dan kekal di berada di luar pasaran menjelang pelaksanaan Tarif oleh Trump yang mungkin berlaku. Kami percaya ini memberikan peluang yang baik untuk memburu saham murah,” katanya kepada Bernama.

Thong berkata pentadibiran penggal kedua Trump sebagai Presiden AS mungkin tidak begitu tegas kerana AS berisiko kehilangan hubungan ekonomi daripada seluruh dunia.

Untuk hari ini, beliau menjangkakan indeks akan berlegar dalam julat 1,580-1,595.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik lapan sen kepada RM10.16, CIMB menambah dua sen kepada RM8.12, IHH meningkat sembilan sen kepada RM7.19, bagaimanapun Public Bank tidak berubah pada RM4.45 dan Tenaga jatuh empat sen kepada RM13.86.

Bagi saham aktif, Velocity Capital, Industronics, Swift Energy dan Ekovest menokok 0.5 sen masing-masing kepada 8.5 sen, empat sen, 38 sen dan 35 sen, TWL Holdings jatuh setengah sen kepada 2.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 64.21 mata kepada 12,243.57, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 70.46 mata kepada 12,181.32, Indeks FBMT 100 meningkat 63.71 mata kepada 11,928.36, Indeks FBM 70 menokok 91.51 mata kepada 18,399.95 manakala Indeks FBM ACE menambah 9.42 mata kepada 5,255.45.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga naik 4.91 mata kepada 840.70, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 50.76 mata kepada 18,883.91, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.74 mata kepada 169.20 dan manakala Indeks Perladangan menokok 34.26 mata kepada 7,477.21.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaWall Street
Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In