• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini, Dagangan Wall Street Turut Lemah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) — Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, sejajar dengan penurunan di Wall Street berikutan pasaran menjangka kelembapan dalam kitaran penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).   

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.71 mata kepada 1,596.70 daripada 1,602.41 pada Jumaat lepas.  

Indeks dibuka rendah 3.45 mata kepada 1,598.96.  

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 293 berbanding 75, dengan 275 kaunter tidak berubah, 1,726 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.  

Jumlah dagangan sebanyak 195.46 juta saham bernilai RM76.91 juta.  

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup rendah pada Jumaat lepas berikutan data pekerjaan AS yang positif mewujudkan kebimbangan mengenai inflasi, mengukuhkan jangkaan bahawa Fed akan mengambil pendekatan berhati-hati terhadap penurunan kadar faedah pada tahun ini.

Thong berkata pelabur kekal berhati-hati mengenai pemulihan China, didorong oleh penggunaan yang lembap dan ketegangan perdagangan AS-China yang meningkat.

“Dalam negara, unjuran kami kekal berhati-hati berikutan faktor luaran terus mempengaruhi sentimen pelabur.

“Bagaimanapun, penilaian yang rendah dijangka menarik pembeli semasa penurunan harga, justeru, kami menjangka indeks petunjuk pasaran akan berada dalam julat 1,600 hingga 1,610 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan IHH, masing-masing naik dua sen kepada RM10.12 dan RM7.08 manakala CIMB merosot empat sen kepada RM8.14, Public Bank berkurangan satu sen kepada RM4.43 dan Tenaga susut enam sen kepada RM14.04.

Dalam saham aktif, Key Alliance berkurangan setengah sen kepada 0.5 sen, Velocity Capital, Ekovest, Widad dan Xidelang, masing-masing kekal mendatar pada 8.5 sen, 35 sen, 4.5 sen dan 1.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 39.77 mata kepada 12,263.00, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 41.06 mata kepada 12,209.68 dan Indeks FBMT 100 susut 38.97 mata kepada 11,944.87.

Indeks FBM 70 merosot 46.22 mata kepada 18,421.31 manakala Indeks FBM ACE berkurangan 27.75 mata kepada 5,325.72.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga menambah 8.19 mata kepada 841.49, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 38.10 mata kepada 18,886.44, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.67 mata kepada 169.99 dan Indeks Perladangan berkurangan 7.95 mata kepada 7,502.67.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIRakuten Trade
Share201ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In