• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 6, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Berharga Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia melantun semula ke wilayah positif pada awal dagangan Jumaat, dipacu oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah ketika pelabur mengambil kesempatan susulan penyusutan baru-baru ini.

Pada jam 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik sebanyak 3.48 mata kepada 1,604.29 daripada paras 1,600.81 selepas dibuka mengukuh 2.73 mata kepada 1,603.54.  

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 212 berbanding 107 manakala 300 kaunter tidak berubah, 1,750 tidak diniagakan dan 19 lain digantung dagangannya.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Jumlah dagangan sebanyak 154.55 juta saham bernilai RM95.70 million. 

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata aktiviti jualan saham yang berlaku baru-baru ini dilihat sebagai menawarkan peluang menarik kepada pelabur yang berminat membeli saham berkenaan.

“Sehubungan itu, kami menjangkakan (indeks petunjuk utama) FBM KLCI bergerak dalam julat 1,600-1,610 untuk hari ini,” katanya. 

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata operasi Wall Street ditutup sebagai menghormati pemergian bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Jimmy Carter manakala niaga hadapan pasaran itu juga susut ketika peniaga mengalihkan tumpuan terhadap senarai gaji bukan perladangan bagi Disember yang dijadualkan pada lewat hari ini.

Firma pembrokeran itu berkata penyusutan niaga hadapan Wall Street itu juga boleh melimpah kepada saham-saham tempatan.

“Bagaimanapun, kami percaya pasaran akan turut memberi tumpuan kepada negeri tertentu seperti Sarawak susulan cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadikannya sebagai hab tenaga Malaysia yang dijangka melonjakkan pembangunan negeri itu dan memberi manfaat kepada kaunter berkaitan Malaysia Timur,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan CIMB naik dua sen masing-masing kepada RM10.10 dan RM8.13 manakala Tenaga Nasional meraih enam sen kepada RM14.18 namun MISC turun satu sen kepada RM7.14.

Public Bank dan CelcomDigi pula masing-masing tidak berubah pada RM4.44 dan RM3.66.

Bagi saham aktif, Velocity dan Widad masing-masing meraih setengah sen kepada 7.5 sen dan 5.0 sen manakala Datasonic naik 1.5 sen kepada 42 sen, namun 3Ren kehilangan setengah sen kepada 38 sen dan Swift Energy pula mendatar pada 42 sen.

Selain itu, Indeks FBM Emas menokok 30.50 mata kepada 12,325.17, Indeks FBM Emas Shariah mengukuh sebanyak 34.25 mata kepada 12,295.10 dan Indeks FBMT 100 meningkat sebanyak 29.22 mata kepada 12,007.02.

Indeks FBM 70 juga meningkat sedikit sebanyak 56.92 mata kepada 18,537.04, dan Indeks FBM ACE meraih 18.75 mata kepada 5,328.56.

Mengikut sektpr pula, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik sebanyak 32.94 mata kepada 18,886.72; Indeks Perladangan meningkat 2.58 mata kepada 7,535.94 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.31 mata kepada 170.93 dan Indeks Tenaga menambah 1.40 mata kepada 836.72.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIsaham harga rendah
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In