• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, April 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sejajar Dengan Prestasi Lemah Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka sedikit rendah pada Rabu, dipengaruhi oleh prestasi lemah Wall Street dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.

Pada pukul 9.11 pagi, Indeks FBM KLCI turun 1.06 mata kepada 1,628.73 daripada 1,629.79 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks itu dibuka 0.87 mata lebih rendah kepada 1,628.92.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 233 berbanding 158, manakala 323 kaunter lagi tidak berubah, 1,656 kaunter tidak diniagakan, dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 359.38 juta saham bernilai RM170.82 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata data pasaran terkini dari Amerika Syarikat (AS) menunjukkan jumlah tawaran pekerjaan yang lebih tinggi daripada jangkaan pada November lepas.

Beliau berkata ini menunjukkan daya tahan ekonominya, yang boleh menyebabkan Rizab Persekutuan AS (Fed) mempertimbangkan semula pengurangan kadar faedah seterusnya.

Hasil Perbendaharaan AS berjangka 10 tahun meningkat tujuh mata asas kepada 4.693 peratus, selepas mencecah paras tertinggi harian pada 4.699 peratus, sekali gus menjadi paras tertinggi sejak April 2024, katanya.

“Sementara itu, FBM KLCI menunjukkan tanda-tanda pemulihan, disokong oleh purata pergerakan eksponen (EMA) yang positif dan sokongan kukuh daripada institusi tempatan.

“Kami yakin momentum meningkat ini akan membantu indeks memperoleh semua asas pergerakan menaik. Bagi hari ini, kami menjangkakan indeks penanda aras diniagakan dalam julat 1,625 hingga 1,635,” katanya kepada Bernama.

Antara saham berwajaran tinggi, Maybank turun empat sen kepada RM10.12, Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing turun satu sen kepada RM4.50 dan RM7.19, manakala CIMB kekal pada RM8.15, sementara Tenaga Nasional menambah empat sen kepada RM14.36.

Bagi saham aktif, Swift Energy yang baru disenaraikan di Pasaran ACE naik enam sen kepada 34 sen, Aneka Jaringan menambah 1.5 sen kepada 16.5 sen, sementara Aimflex susut setengah sen kepada 15 sen manakala Jiankun serta Alpha IVF masing-masing kekal pada 5.0 sen dan 33 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas kurang 8.22 mata kepada 12,538.61, Indeks FBM Emas Syariah turun 1.09 mata kepada 12,552.80, dan Indeks FBMT 100 susut 7.18 mata kepada 12,211.93.

Indeks FBM 70 susut 8.42 mata kepada 18,935.09 dan Indeks FBM ACE kurang 1.87 mata kepada 5,464.10.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 32.51 mata kepada 19,004.18, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menguncup 0.36 mata kepada 174.83, dan Indeks Perladangan susut 24.83 mata kepada 7,583.97, sementara Indeks Tenaga meningkat 3.68 mata kepada 862.40.

— BERNAMA

Tags: ASBursa MalaysiaFBM KLCIWall Street
Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In