• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, October 31, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

IPO CBH Engineering Terlebih Langganan 34.21 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

in Asas Saham
A A
IPO CBH Engineering Terlebih Langganan 34.21 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) — Tawaran awam permulaan (IPO) CBH Engineering Holding Bhd (CBH Engineering) terlebih langganan sebanyak 34.21 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd.

IPO CBH Enggineering melibatkan terbitan awam sebanyak 298 juta saham biasa baharu pada harga terbitan 28 sen sesaham yang mewakili 15.8 peratus daripada modal saham yang diperbesarkan, dengan tawaran ini dijangka mengumpul sebanyak RM83.4 juta.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata IPO tersebut termasuk tawaran jualan sebanyak 188.1 juta saham sedia ada yang mewakili 10 peratus daripada modal saham yang diperbesarkan, melalui tawaran saham persendirian kepada pelabur Bumiputera terpilih yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Ia berkata bahagian awam sebanyak 94.1 juta saham menerima 24,992 permohonan untuk 3.31 bilion saham bernilai RM927.2 juta, menyebabkan kadar lebihan langganan sebanyak 34.21 kali.

“Bagi bahagian Bumiputera, 12,175 permohonan untuk 1.28 bilion saham terbitan diterima, kadar terlebih langganan pula sebanyak 26.13 kali.

“Tawaran saham persendirian kepada pelabur terpilih menarik 12,817 permohonan untuk 2.04 bilion saham, terlebih langganan sebanyak 42.29 kali,” katanya.

Selain itu, syarikat itu berkata 28.4 juta saham yang diperuntukkan kepada pengarah, pekerja, dan penyumbang kejayaan kumpulan, dilanggan sepenuhnya.

Sementara itu, Pengarah Urusannya Cheah Boon Hwa mengaitkan tindak balas positif terhadap IPO berkenaan dengan keyakinan pasaran yang kukuh terhadap potensi dan keupayaan CBH Engineering.

“Pencapaian ini menandakan detik penting kerana kami akan menyalurkan hasil untuk meningkatkan kapasiti kewangan, memperluas kepakaran dan meningkatkan skala bagi mengendalikan projek yang lebih besar dan bernilai tinggi.

“Dengan sektor kejuruteraan mekanikal dan elektrik Malaysia yang bersedia untuk pertumbuhan kukuh, kami komited memberikan penyelesaian kejuruteraan luar biasa yang memenuhi permintaan untuk berkembang sambil memacu inovasi dan meningkatkan standard industri,” katanya.

CBH Engineering dijadualkan untuk disenaraikan di Pasaran ACE pada 16 Jan, 2025.

Selepas penyenaraian, modal pasarannya dijangka kira-kira RM526.7 juta, berdasarkan harga terbitan 28 sen sesaham dan modal saham yang diperbesarkan sebanyak 1.88 bilion saham.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaCBH EngineeringIPOterlebih langganan
Share210ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

3 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

4 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In