• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Meskipun Pasaran AS Alami Penurunan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini, Dagangan Wall Street Turut Lemah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Jumaat, walaupun pasaran Amerika Syarikat (AS) mengalami penurunan dalam tempoh semalaman.

Pada pukul 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.22 mata kepada 1,635.09 daripada 1,632.87 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks itu dibuka 2.07 mata lebih tinggi kepada 1,634.94.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 164 berbanding 131, manakala 264 kaunter lain tidak berubah, 1,796 launter tidak diniagakan, dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 119.32 juta unit bernilai RM69.23 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, pihaknya cenderung kepada sektor minyak dan gas susulan lonjakan harga minyak mentah Brent, di samping mengekalkan unjuran positif bagi sektor yang berorientasi eksport seperti sarung tangan dan teknologi.

“Sekiranya harga emas melepasi paras rintangan, keadaan ini boleh memberikan peluang dagangan dalam kaunter berkaitan emas. Dalam melangkah ke hadapan, kami mengunjurkan pelaburan pusat data mula memberi impak pendapatan kepada sektor pembinaan, bahan binaan, dan utiliti,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Antara saham wajaran tinggi, CIMB meningkat lima sen kepada RM8.18, TNB naik empat sen kepada RM14.80, IHH Healthcare menokok dua sen kepada RM7.32, Hong Leong Bank melonjak 16 sen kepada RM20.58, CelcomDigi tidak berubah pada RM3.65, Maybank susut dua sen kepada RM10.16 dan Public Bank turun satu sen kepada RM4.53.

Bagi saham aktif, Datasonic meningkat 1.5 sen kepada 43.5 sen, Vetege Holdings naik 2.5 sen kepada 55 sen, Carlo Rino menambah satu sen kepada 21.5 sen manakala Yew Lee Pacific dan Winstar Capital masing-masing mendatar pada 51 sen dan 71 sen, SNS Network turun satu sen kepada 69 sen dan Jiankun kurang setengah sen kepada 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 21.60 mata kepada 12,558.18; Indeks FBM Emas Syariah naik 19.39 mata kepada 12,569.17; dan Indeks FBMT 100 menokok 16.31 mata kepada 12,230.13.

Indeks FBM 70 menambah 24.19 mata kepada 18,854.12 manakala Indeks FBM ACE naik 5.77 mata kepada 5,437.87.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga meningkat 11.77 mata kepada 842.19; Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 20.04 mata kepada 19,080.49; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.06 mata kepada 174.19, dan Indeks Perladangan turun 1.93 mata kepada 7,621.50.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIkaunter berkaitan emasMalacca SecuritiesWall Street
Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In