• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 8, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Samaiden Disenarai Pendek Bangun Loji Solar PV 99.99MW Di Kelantan

in Catalyst
A A
Samaiden Bekerjasama Dengan Chudenko Cari Peluang Dalam Tenaga Boleh Diperbaharui
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) —  Samaiden Sdn Bhd (SSB), anak syarikat penyedia penyelesaian tenaga boleh baharu (RE) Samaiden Group Bhd (Samaiden), telah disenarai pendek untuk membangunkan loji fotovoltaik solar (PV) berskala besar 99.99 megawatt (MW) di Pasir Mas, Kelantan.

Samaiden berkata SSB menerima Surat Pemberitahuan (LON) daripada Suruhanjaya Tenaga pada 23 Dis, 2024, bagi memaklumkan secara rasmi dipilih sebagai pembida yang disenarai pendek untuk projek di bawah program Solar Skala Besar 5 (LSS5) itu.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“SSB dipilih di bawah Pakej 3 (kategori 30MW hingga 500MW) berdasarkan bidaan kompetitifnya dan memenuhi kriteria Permintaan Cadangan, mengukuhkan reputasi Samaiden untuk menyediakan penyelesaian RE berskala besar,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Samaiden berkata, projek itu akan dibangunkan di bawah Perjanjian Pembelian Tenaga Solar (PPA) selama 21 tahun dengan Tenaga Nasional Bhd, yang akan memastikan aliran hasil jangka panjang yang stabil bagi syarikat.

“Loji itu dijadualkan mencapai Tarikh Operasi Komersialnya selewat-lewatnya 11 Okt 2027, menandakan tarikh ia akan mula membekalkan elektrik kepada grid kuasa negara,” katanya.

Pengarah Urusan Kumpulan Samaiden, Datuk Chow Pui Hee, berkata pembangunan loji solar di Pasir Mas itu sejajar dengan pelan strategik syarikat untuk mengembangkan portfolio asetnya.

“Projek ini adalah bukti komitmen Samaiden untuk menyokong matlamat Malaysia mencapai 70 peratus campuran tenaga boleh baharu menjelang 2050, dan kami berharap dapat merealisasikan inisiatif ini sambil mengekalkan tumpuan utama kami terhadap penjagaan alam sekitar,” katanya.

— BERNAMA

Tags: disenarai pendekKelantanloji solarLSS5pembidaSamaidenSSB
Share225ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In