• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

3 Jenis Polisi Dividen

in Asas Saham, Fundamental Analisis
A A
3 Jenis Polisi Dividen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Ramai pelabur tahu mengenai dividen. Bahkan pelabur jangka masa panjang juga kebiasaannya akan mencari syarikat yang memberikan dividen kepada pemegang saham.

Oleh itu, mereka akan mencari syarikat yang konsisten mengagihkan dividen. 

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Pelabur akan merujuk kepada Dividend Yield yang tinggi sebagai pilihan utama. 

Baca: Apakah Perbezaan Dividend Per Share (DPS) Dengan Dividend Yield (DY)?

Kenapa kena Dividend Yield yang tinggi?

Dividend Yield (DY) ini dalam bahasa mudahnya adalah berapa pulangan yang pelabur perolehi dalam bentuk dividen untuk setiap Ringgit yang dilaburkan.

Selain di atas, salah satu perkara yang boleh diberi perhatian oleh pelabur adalah polisi dividen sesebuah syarikat.

Apa Itu Polisi Dividen?

Polisi dividen menggariskan cara syarikat akan mengagihkan dividennya kepada para pemegang sahamnya. Polisi ini memperincikan secara khusus tentang pembayaran termasuk kekerapan, bila dan jumlah yang diagihkan.

Syarikat yang mempunyai polisi dividen yang jelas kebiasaannya mampu menarik minat pelabur terutamanya pelabur institusi.

Kenapa Polisi Dividen Amat Penting?

  1. Ia membantu pengarah menyusun bajet untuk pembayaran dividen mereka. Contohnya, jika syarikat mempunyai polisi tetap, ia akan sentiasa perlu mencari jumlah wang yang ditetapkan untuk membayar pelabur. Oleh itu, ia lebih mudah dikendalikan dalam balance sheet dan aliran tunai
  2. Ia membantu pelabur memahami bagaimana mereka akan diberi dividen sebelum membuat keputusan untuk melabur
  3. Polisi dividen yang baik menarik minat pelabur. Ia menunjukkan bahawa syarikat tersebut stabil dari segi kewangan dan mampu memberikan pendapatan yang kukuh

Terdapat banyak jenis polisi dividen termasuklah:

  • Stable dividend policy
  • Residual dividend policy
  • Constant dividend policy

Stable Dividend Policy

Sebuah perniagaan dengan polisi dividen yang stabil membayar dividen secara tetap pada setiap tempoh tertentu, tanpa mengira turun naik pasaran. Jumlah dividen yang dibayar bergantung kepada pendapatan jangka panjang syarikat. Pertumbuhan dividen selari dengan pendapatan jangka panjang syarikat.

Di bawah polisi dividen yang stabil, adalah perkara biasa bagi syarikat untuk mengagihkan dividen setiap suku tahun, dengan pembayaran selari dengan pendapatan suku tahunan syarikat. Namun, dividen juga boleh dibayar secara tahunan atau separuh tahunan. 

Polisi dividen yang stabil adalah salah satu polisi yang paling popular kerana prestasi turun naik syarikat tidak dicerminkan dalam pembayaran dividen. 

Pemegang saham boleh berasa yakin bahawa mereka akan menerima pembayaran dividen sekurang-kurangnya sekali setahun.

Residual Dividend Policy

Polisi dividen baki mengambil pendekatan yang berbeza. Sebaliknya daripada menetapkan jumlah dividen yang telah ditentukan, syarikat yang mengikuti polisi ini mengagihkan dividen hanya selepas memenuhi kewajipan kewangan dan keperluan pelaburan mereka. 

Dalam istilah yang lebih mudah, mereka membayar dividen daripada baki yang tinggal selepas menampung semua perbelanjaan yang diperlukan, melabur semula dalam perniagaan, dan mengekalkan rizab tunai yang mencukupi. 

Ini bermakna pembayaran dividen boleh berubah-ubah dari tahun ke tahun, bergantung kepada prestasi kewangan syarikat dan keperluan pelaburannya.

Meskipun, ia kurang popular di mata pelabur namun polisi dividen ini dapat memastikan kelangsungan atau kemapanan syarikat tersebut.

Constant Dividend Policy

Polisi ini menumpukan kepada mengekalkan pembayaran dividen yang konsisten berbanding dengan pendapatan syarikat. Dalam erti kata lain, syarikat menentukan peratusan tetap daripada pendapatannya yang akan diagihkan sebagai dividen, tanpa mengira sama ada pendapatan meningkat atau menurun. 

Polisi ini membolehkan pemegang saham berkongsi keuntungan syarikat secara berkadar, yang boleh menjadi menarik semasa pertumbuhan pendapatan yang kukuh. Walau bagaimanapun, ini juga bermaksud bahawa jumlah dividen mungkin berubah-ubah berpolisikan keuntungan syarikat.

Bagaimana nak tahu syarikat ada polisi dividen?

1. Semak Annual Report

Sekiranya nak tahu sama ada syarikat tersebut mempunyai polisi dividen, semak sahaja di laporan kewangan tahunan syarikat tersebut. Contoh di bawah adalah daripada laporan tahunan kewangan bagi Radium Development Berhad.

Dalam annual report, Radium menetapkan polisi dividen tidak kurang 30% daripada keuntungan tahunan selepas cukai untuk diagihkan kepada pemegang saham.

Sumber: Laporan Tahunan Kewangan 2023 (Radium)

2. Semak prospektus (untuk IPO)

Boleh dikatakan kesemua prospektus IPO mempamerkan polisi dividen syarikat tersebut. Polisi dividen kebiasaannya ditulis di bawah segmen maklumat kewangan (financial information).

Contoh di bawah adalah diambil dari prospektus salah sebuah IPO. Daripada prospektus, syarikat ini menyasarkan untuk membayar dividen sekurang-kurangnya 30% dari keuntungan tahunan selepas cukai kepada pemegang sahamnya.

Bagaimana pula dengan syarikat yang tidak ada polisi dividen?

Syarikat yang tidak mempunyai polisi dividen tidak bermakna yang syarikat tersebut tidak memberi dividen sama sekali dan tidak bagus.

Tetapi sebenarnya ada juga syarikat yang tidak mempunyai polisi dividen tetapi tetap memberi dividen.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: dividenPolisis dividenResidual dividend policyStable dividend policy
Share263ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

9 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In