• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh sentimen yang lebih baik selepas prestasi Wall Street yang kukuh pada minggu lepas, kata penganalisis.  

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.13 mata kepada 1,594.54 daripada 1,591.41 pada Jumaat lepas. 

Indeks petunjuk pasaran memulakan hari dengan naik 2.69 mata kepada 1,594.10.  

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Suasana pasaran positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 167 berbanding 149. Sementara itu, 264 kaunter kekal tidak berubah, 1,853 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.  

Jumlah dagangan sebanyak 164.69 juta unit bernilai RM57.31 juta.  

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata ekuiti Amerika Syarikat (AS) meningkat semula pada Jumaat lepas, disokong oleh indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi yang terkawal.

Beliau berkata sentimen turut meningkat selepas kerajaan AS berjaya mengelak penutupan melalui kelulusan rang undang-undang perbelanjaan sementara selama tiga bulan oleh Senat.

Di peringkat domestik, Thong berkata FBM KLCI ditutup rendah minggu lepas pada paras 1,590 berikutan jualan asing yang berterusan.  

“Indeks utama dijangka mencatatkan pemulihan hari ini, sejajar dengan prospek Wall Street yang lebih cerah pada Jumaat lepas.

“Kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,595-1,605,” katanya kepada Bernama.  

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB, masing-masing meningkat dua sen kepada RM9.98 dan RM7.97, Public Bank menambah satu sen kepada RM4.47, Tenaga Nasional naik enam sen kepada RM14.00 manakala IHH Healthcare merosot satu sen kepada RM7.01.  

Bagi saham aktif, Key Alliance dan Velesto, masing-masing berkurangan setengah sen kepada 0.5 sen dan 14.5 sen.

Borneo Oil dan TWL, masing-masing menambah setengah sen kepada satu sen dan tiga sen manakala Aneka Jaringan susut satu sen kepada 16 sen.  

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Shariah naik 11.45 mata kepada 12,233.26, Indeks FBMT 100 menambah 21.04 mata kepada 11,929.64 dan Indeks FBM Emas meningkat 19.96 mata kepada 12,242.90.

Indeks FBM 70 menambah 23.76 mata kepada 18,401.23 dan Indeks FBM ACE naik 2.66 mata kepada 5,271.31.  

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 24.27 mata kepada 18,727.62, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.38 mata kepada 170.64 dan Indeks Tenaga meningkat 2.19 mata kepada 806.30.  

Sementara itu, Indeks Perladangan merosot 3.37 mata kepada 7,293.90.  

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIThong Pak LengWall Street
Share203ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In