Dalam dunia pelaburan, analisis teknikal adalah salah satu pendekatan penting untuk meramalkan pergerakan harga saham. Pedagang mahupun pelabur akan mengkaji candlestick pada carta untuk membuat analisis pergerakan harga saham.
Antara jenis candlestick yang sering diperhatikan pedagang adalah “Three White Soldiers” dan “Three Black Crows“. Artikel ini akan membincangkan kedua-dua corak ini, cara mengenal pasti mereka, dan bagaimana pelabur boleh menggunakannya untuk membuat keputusan pelaburan yang lebih baik.
Apa Itu “Three White Soldiers”?
“Three White Soldiers” merujuk kepada tiga candlestick bullish berturut-turut yang menunjukkan pertumbuhan harga yang ketara. Setiap candlestick harus ditutup lebih tinggi daripada yang sebelumnya, dengan badan yang panjang dan sedikit bayangan. Corak ini menandakan pemulihan harga selepas penurunan dan menunjukkan bahawa tekanan beli semakin kuat.
Ciri-ciri:
- Tiga candlestick hijau berturut-turut
- Setiap candlestick ditutup lebih tinggi daripada yang sebelumnya
- Badan candlestick yang panjang memberi isyarat momentum yang kuat
Apa Itu “Three Black Crows”?
Sebaliknya, “Three Black Crows” terdiri daripada tiga candlestick bearish berturut-turut yang menunjukkan penurunan harga. Setiap candlestick ditutup lebih rendah daripada yang sebelumnya, dengan badan yang panjang dan sedikit bayangan. Corak ini juga menunjukkan kemungkinan reversal daripada trend bullish kepada trend bearish.
Namun sekiranya trend telahpun berada dalam keadaan bearish, trend tersebut juga berpotensi untuk meneruskan penurunan. Contoh seperti carta di atas, saham dalam carta meneruskan kejatuhan selepas kemunculan three black crows. Pattern candlestick ini dikukuhkan lagi dengan volume jualan yang tinggi bagi tiga hari berturut-turut.
Ciri-ciri:
- Tiga candlestick merah berturut-turut
- Setiap candlestick ditutup lebih rendah daripada yang sebelumnya
- Badan candlestick yang panjang memberi isyarat tekanan jual yang kuat
Fungsi / Kegunaan Three White Soldiers & Three Black Crows
1. Strategi Masuk dan Keluar
Pelabur boleh menggunakan corak ini sebagai isyarat untuk membuat keputusan masuk dan keluar. Three White Soldiers boleh dijadikan isyarat untuk membeli, sementara Three Black Crows boleh menjadi isyarat untuk menjual atau mengambil keuntungan.
2. Pengesahan Lain
Walaupun corak ini berguna, pelabur disarankan untuk menggunakan indikator lain sebagai pengesahan. Contohnya, menggunakan volum dagangan atau indikator teknikal lain seperti RSI (Relative Strength Index) untuk memastikan kekuatan isyarat yang diterima.
3. Pengurusan Risiko
Seperti semua strategi pelaburan, pengurusan risiko adalah penting. Pelabur harus menetapkan Stop Loss untuk melindungi modal mereka daripada kerugian yang tidak diingini. Sebagai contoh, sekiranya anda melihat three black crows sudah terbentuk maka anda boleh membuat pertimbangan untuk melepaskan dahulu pegangan anda dalam saham tersebut sebagai langkah mengawal risiko.
Kesimpulan
“Three White Soldiers” dan “Three Black Crows” adalah alat yang berguna dalam analisis teknikal. Dengan memahami cara mengenal pasti dan menggunakan corak candlestick ini, pelabur dapat membuat keputusan yang lebih berinformasi dan berpotensi meningkatkan kejayaan pelaburan mereka. Namun, penting untuk diingat bahawa tiada strategi yang bebas risiko, dan pelaburan harus dilakukan dengan berhati-hati dan bijaksana.
Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.
Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.
Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham
1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?
Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.
Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.
CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)
ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI
1. Pengenalan kepada ‘Price Action’
2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?
3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah
4. Bearish reversal pattern
5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle
6. Candlestick trading setup
7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator
8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI
Sekejap, belum habis lagi…
✅ BONUS
1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick
Speaker memang otai, modul pun terbaik.
InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.
Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.
KINI DIBUKA UNTUK LANGGANAN!
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
DISCLAIMER: Video ini bertujuan pendidikan sahaja. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.