fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dalam prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur, kata penganalisis. 

Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.63 mata kepada 1,602.72 daripada 1,600.09 semalam. 

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.32 mata kepada 1,600.41. 

Berkaitan

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Suasana pasaran negatif sedikit dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 191 berbanding 161 manakala 300 kaunter tidak berubah, 1,821 tidak diniagakan dan 50 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 298.05 juta unit bernilai RM125.35 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata prestasi Wall Street yang bercampur-campur menunjukkan ekuiti Amerika Syarikat (AS) memasuki fasa konsolidasi.

Beliau berkata sentimen terjejas oleh unjuran kadar faedah yang dijangka kekal tinggi seperti yang dapat dilihat daripada hasil 10 tahun AS yang meningkat kepada 4.56 peratus.

Bagi Hong Kong, Indeks Hang Seng merosot sejajar dengan kemerosotan Wall Street semalaman, didorong oleh kenyataan daripada Rizab Persekutuan (Fed) AS yang cenderung kepada kadar faedah tinggi berhubung penurunan kadar faedah lebih perlahan pada 2025.

Dalam negara, FBM KLCI kekal melebihi paras 1,600, menjadikannya satu-satunya pasaran saham di rantau Asia Tenggara yang berjaya meningkat semula daripada penurunan sebelum ini.

“Ini mengukuhkan keyakinan kami bahawa indeks akan mengakhiri 2024 melebihi paras 1,600.

“Bagaimanapun, kami masih menganggap siling hutang AS dan hutang negara sebagai cabaran utama di Wall Street dan diharapkan dapat memindahkan dana asing kembali ke rantau Asia dan Asia Tenggara.

“Oleh itu, kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,600-1,610 hari ini,” katanya kepada Bernama. 

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, YTL Corporation naik 13 sen kepada RM2.68, YTL Power International meningkat 5.0 sen kepada RM4.13, Public Bank menambah 2.0 sen kepada RM4.51, SD Guthrie menokok 4.0 sen kepada RM4.95 dan Telekom naik 6.0 sen kepada RM6.69. 

YTL Corporation dan YTL Power International turut antara saham paling aktif.

Saham aktif lain termasuklah Zen Tech dan EA Holdings, masing-masing mendatar pada 1.0 sen manakala Sarawak Cable menambah setengah sen kepada 12 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 1.66 mata kepada 12,265.42, Indeks FBM Emas naik 11.75 mata kepada 12,288.73 dan Indeks FBMT 100 menambah 12.72 mata kepada 11,977.85.

Indeks FBM 70, bagaimanapun merosot 5.52 mata kepada 18,428.56 dan Indeks FBM ACE berkurangan 9.66 mata kepada 5,246.74.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.21 mata kepada 171.11, Indeks Perladangan meningkat 10.41 mata kepada 7,596.52 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 0.3 mata kepada 18,840.57.

Indeks Tenaga merosot 1.21 mata kepada 809.85.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIThong Pak Leng
Share203ShareSend

Related Posts

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In