KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) — Pestech International Bhd (Pestech) melantik bekas ketua setiausaha negara Tan Sri Mohd Zuki Ali sebagai pengerusi bukan eksekutif, bukan bebasnya dan Datuk Mohamed Razeek Md Hussain Maricar sebagai pengarah urusan kumpulan yang baharu.
Pestech menerusi makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata Mohd Zuki, 62, merupakan bekas ketua setiausaha negara ke-15 kepada kerajaan Malaysia.
“Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) daripada Universiti Nanyang, Singapura iaitu program kerjasama dengan Institut Teknologi Massachusetts, Boston.” kata syarikat itu.
Dalam makluman berasingan, Pestech berkata Mohamed Razeek, 66, merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Kejuruteraan Sivil) daripada Politeknik South Bank, London.
“Ketika ini beliau mengetuai operasi dan pengurusan di Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd,” katanya.
— BERNAMA