• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

VSolar Cadang Kurangkan Modal Saham Bagi Imbangi Kerugian

in Catalyst
A A
Vsolar Raih RM10.89 Juta Melalui Tawaran Saham Persendirian
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing


KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) — VSolar Group Bhd bercadang mengurangkan modal saham sebanyak RM100 juta untuk mengimbangi kerugian terkumpul syarikat.

Menurutnya sehingga 2 Disember lepas, ia mempunyai modal saham terbitan sebanyak RM192.39 juta yang terdiri daripada 497.25 juta saham dan 168.05 juta waran tertunggak yang boleh digunakan dalam jumlah saham baharu yang setara pada harga pelaksanaan 10 sen.

VSolar berkata cadangan pengurangan modal itu akan menghasilkan kredit sebanyak RM100 juta, yang akan digunakan untuk mengimbangi kerugian terkumpul, dan jika ada baki selebihnya, akan dikreditkan kepada rizab modal kumpulan, yang berperanan sebagai penampan kredit tambahan untuk mengimbangi kerugian pada masa akan datang.

“Cadangan pengurangan modal ini akan membolehkan syarikat mengurangkan kerugian terkumpul menerusi pengurangan dan pembatalan modal saham terbitan syarikat yang tiada dan tidak diwakili oleh aset sedia adanya.

“Langkah ini juga akan meningkatkan keupayaan VSolar untuk menyediakan platform kewangan lebih baik bagi pertumbuhan masa depan kumpulan pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Menurut kumpulan, cadangan itu tertakluk kepada kelulusan pemegang saham Vsolar pada mesyuarat agung luar biasa yang akan diadakan.

Pengurangan modal yang dicadangkan ini dijangka selesai pada suku kedua 2025.

M & A Securities dilantik sebagai penasihat utama kepada VSolar bagi cadangan pengurangan modal itu.

— BERNAMA

Tags: kerugiankerugisnmodal sahamvsolar
Share237ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In