• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Vanzo Kini Disenaraikan Di Pasaran ACE, Terus Tumpu Pasaran Domestik

in Asas Saham
A A
IPO Vanzo Terlebih Langgan Sebanyak 66.71 Kali
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO


KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama)  — Vanzo Holdings yang juga syarikat pewangi udara, menyasarkan untuk mengukuhkan kehadirannya di pasaran dengan memperluas rangkaian kiosk runcit di serata Malaysia.

Dalam kenyataan selepas kemunculan pertama di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini, Vanzo turut berkongsi rancangan untuk membuka empat kiosk runcit, masing-masing di wilayah utara, tengah atau selatan Semenanjung serta satu di Malaysia Timur.

Pada masa ini, syarikat itu mempunyai enam kiosk iaitu lima di Lembah Klang dan satu di Kuching, Sarawak.

Pengarah Eksekutif dan Pengarah Urusan Bukan Bebas Allan Wong berkata industri wangian berkembang kira-kira 10 peratus bagi tempoh 2021 hingga 2023 yang sekali gus turut meyakinkan pihak pengurusan bahawa permintaan akan kekal kukuh.

“Kami juga mengunjurkan pasaran akan berkembang bagi tempoh sekarang hingga 2026.

“Pertumbuhan itu mungkin didorong oleh peningkatan bilangan pembeli kereta dan rumah,” katanya pada sidang media selepas majlis penyenaraian syarikat itu di sini hari ini.

Vanzo mencatat pendapatan RM36.8 juta setakat Jun 2024 dengan 77.6 peratus mewakili segmen wangian kereta manakala baki merupakan segmen wangian dalaman.

Syarikat itu secara prinsipnya terlibat dalam usaha reka bentuk, pemasaran dan penjualan wangian udara dan produk berkaitan, kata kenyataan itu.

Selain itu, Vanzo berjaya mengumpulkan sebanyak RM14 juta dengan terbitan 93.35 juta saham-saham baharu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 23.34 juta diperuntukkan kepada orang awam dan pengarah yang layak, pekerja serta individu yang menyumbang kepada kejayaan syarikat berkenaan.

Sebanyak 46.68 juta saham diperuntukkan bagi tujuan penempatan persendirian dan pelabur terpilih.

Vanzo disenaraikan pada harga 17.5 sen yang menawarkan premium 2.5 sen daripada harga tawaran awal 15 sen dengan sejumlah 14.32 juta saham saling berpindah tangan.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaIPOVanzo
Share213ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

9 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

9 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In