• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global


KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa sekali gus meneruskan penurunan semalam, kerana pelabur menunggu keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Pada pukul 9.21 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.24 mata kepada 1,603.61 daripada 1,606.85 ketika ditutup semalam.

Indeks itu dibuka 1.59 mata lebih rendah kepada 1,605.26.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 251 berbanding 172, manakala 358 kaunter kekal tidak berubah, 1,690 kaunter tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 412.03 juta unit bernilai RM155.37 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup dengan prestasi tidak menentu sekali lagi kerana sentimen kekal berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) AS selama dua hari bermula hari ini.

Pada masa sama Indeks Perindustrian Dow Jones ditutup rendah, Nasdaq meningkat 247 mata kepada satu lagi rekod tertinggi.

Sementara itu, hasil 10 tahun AS kekal tinggi pada 4.403 peratus menunjukkan pasaran mungkin telah mengambil kira pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) yang dijangkakan.

Di Hong Kong, Indeks Hang Seng (HSI) susut kepada hampir paras terendah dalam dua minggu kerana pelabur kekal berwaspada dengan prestasi ekonomi China yang tidak menentu, berikutan indeks Harga Rumah dan data jualan runcit terkini menunjukkan prestasi buruk, sekali gus menimbulkan lagi tekanan deflasi.

Di peringkat domestik, FBM KLCI sedikit turun dalam keadaan prestasi rendah serantau apabila penjualan oleh dana asing berterusan.

“Bagaimanapun, kami mendapati beberapa aktiviti pembelian dalam pasaran tempatan, menunjukkan paras 1,600 kekal sebagai sokongan serta-merta ketika ini. Oleh itu, kami  menjangkakan indeks bergerak dalam julat 1,605 hingga 1,615 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Antara saham wajaran tinggi, Press Metal Aluminium turun 7.0 sen kepada RM4.96, Sime Darby merosot 6.0 sen kepada RM2.37, Hong Leong Bank turun 18 sen kepada RM20.26, manakala CelcomDigi, YTL Power International dan Petronas Chemicals masing-masing susut 3.0 sen kepada RM3.56, RM3.64 dan RM4.95.

Bagi saham paling aktif, Vanzo menambah 3.5 sen kepada 18.5 sen. Zen Tech kekal pada 1.0 sen, MYEG naik setengah sen kepada 96.5 sen, MNC Wireless meningkat 2.0 sen kepada 13 sen dan JCY bertambah 1.0 sen kepada 52.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 16.88 mata kepada 12,311.30, Indeks FBM Emas Shariah kurang 11.00 mata kepada 12,343.14, dan Indeks FBM ACE susut 1.80 mata kepada 5,306.52.

Indeks FBMT 100 kurang 17.30 mata kepada 11,994.03 dan Indeks FBM 70 menguncup 1.35 mata kepada 18,488.15.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menurun 46.53 mata kepada 19,006.03, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri susut 0.68 mata kepada 174.42, namun Indeks Perladangan naik 11.25 mata kepada 7,664.99, dan Indeks Tenaga mengurang 2.21 mata kepada 816.82.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCI
Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In