• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

TopVision Catat Premium 18.2 Peratus Pada Pelancaran Pertama Pasaran ACE

in Asas Saham
A A
TopVision Catat Premium 18.2 Peratus Pada Pelancaran Pertama Pasaran ACE
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) — TopVision Eye Specialist Bhd membuat penampilan sulung yang kukuh di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada harga 39 sen sesaham, mencatatkan premium 18.2 peratus berbanding harga terbitannya sebanyak 33 sen.

Kemunculan sulung yang berjaya bagi penyedia perkhidmatan penjagaan mata perubatan di Pasaran ACE itu menandakan pemindahan rasminya dari Pasaran LEAP, apabila ia disenaraikan pada tahun 2018.

Setakat 11.49 pagi, kaunter itu muncul antara saham yang paling aktif, meningkat sebanyak 2.0 sen atau 6.06 peratus kepada 35 sen dengan 48.85 juta saham bertukar tangan.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Datuk Kenny Liew Hock Nean berkata pemindahan penyenaraian ini menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan Topvision yang mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan mata berkualiti serta mudah diakses di seluruh Malaysia.

“Ia melambangkan bukan sahaja kemuncak kerja keras kami tetapi juga keyakinan pasaran terhadap visi strategik dan potensi pertumbuhan kami.

“Dengan peralihan ini, kami berhasrat mengukuhkan kehadiran dalam sektor penjagaan kesihatan mata Malaysia, mengembangkan rangkaian perkhidmatan kami dan meningkatkan standard penjagaan pesakit ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media secara maya mengenai pemindahan penyenaraian Topvision ke pasaran ACE hari ini.

Topvision terlibat terutamanya dalam perkhidmatan perubatan penjagaan mata dengan mengendalikan 11 pusat penjagaan ambulatori di seluruh Malaysia serta menawarkan perkhidmatan daripada penjagaan mata am kepada pembedahan vitreretinal lanjutan.

Syarikat itu menerbitkan sejumlah 54.22 juta saham baharu untuk mengumpul RM17.9 juta yang akan diperuntukkan secara strategik bagi menyokong pengembangan dan matlamat operasi syarikat.

Daripada hasil tersebut, RM7.9 juta akan digunakan untuk membiayai pembangunan Topvision International, sebuah pusat penjagaan mata ambulatori pakar pelbagai disiplin peringkat tertiari.

Dalam pada itu, RM5 juta tambahan akan diperuntukkan untuk penubuhan Topvision Kuala Terengganu dan Topvision Tawau sementara RM0.5 juta diperuntukkan untuk meningkatkan kemudahan sedia ada melalui pembelian mesin perubatan.

“RM4.5 juta yang selebihnya diperuntukkan untuk perbelanjaan penyenaraian,” katanya.

Pada 5 Dis, 2024, syarikat mengumumkan ia menerima 16,671 permohonan untuk 924.76 juta saham terbitan yang menghasilkan kadar terlebih langganan sebanyak 58.69 kali.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaIPOpasaran ACETopvision
Share204ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

3 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

4 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In