fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih BermazAuto Turun Kepada RM40.35 Juta Pada Suku Kedua 2025

in Catalyst
A A
Untung Bersih Suku Kedua BAuto Melonjak Kepada RM65.67 Juta, Umum Dividen 3.50 Sen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) — Untung bersih BermazAuto Bhd pada suku kedua berakhir 31 Okt, 2024 turun kepada RM40.35 juta berbanding RM90.10 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Perolehan untuk tempoh berkenaan merosot kepada RM646.46 juta daripada RM1.01 bilion sebelumnya, penurunan sebanyak 35.8 peratus.

Berkaitan

Anak Syarikat Pekat Group Peroleh Kontrak Bernilai RM135.24 Juta Daripada TNB

Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

Penurunan itu disebabkan oleh jumlah jualan yang lebih rendah dari operasi domestik jenama Mazda dan Kia berikutan persekitaran persaingan yang semakin meningkat dalam industri automotif.

Bagi tempoh enam bulan pertama untuk tahun kewangan berakhir 30 April 2025, untung bersihnya menyusut kepada RM110.57 juta daripada RM190.32 juta manakala perolehannya merosot kepada RM1.49 bilion daripada RM2.10 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2024 berbanding 5.9 peratus pada suku kedua 2024, dipacu oleh aktiviti pelaburan yang kukuh dan peningkatan berterusan dalam eksport.

Melangkah ke hadapan, pertumbuhan ekonomi Malaysia akan dipacu oleh pengembangan kukuh dalam aktiviti pelaburan, peningkatan berterusan dalam eksport serta perbelanjaan isi rumah yang berdaya tahan,” katanya.

Syarikat tersebut berkata tekanan inflasi, ketidakpastian berterusan dalam konflik geopolitik serta pertumbuhan global yang lemah akan memberi impak negatif terhadap ekonomi Malaysia secara keseluruhan.

Jualan kenderaan di negara ini juga terjejas oleh kemasukan kenderaan buatan China.

“Pelancaran model-model baharu dan atau penambahbaikan model bagi jenama kenderaan sedia ada serta baharu Kumpulan bergantung kepada sentimen pasaran dan keadaan ekonomi pada masa itu,” katanya.

Oleh itu, Lembaga Pengarah menjangkakan prestasi Kumpulan mencabar bagi tahun kewangan berakhir 30 April 2025.

Bagaimanapun, Lembaga Pengarah meluluskan dan mengisytiharkan dividen khas sebanyak 7.00 sen satu peringkat dividen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 30 April 2025 yang akan dibayar pada 30 Dis, 2024 manakala tarikh kelayakan untuk dividen khas itu ditetapkan pada 18 Dis, 2024.

Bagi suku semasa berakhir 31 Okt, 2024, Lembaga Pengarah meluluskan dan mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak 3.00 sen dividen satu peringkat sesaham bagi tahun kewangan berakhir 30 April 2025 serta tarikh kelayakan ditetapkan pada 17 Jan, 2025 selain perlu dibayar pada 7 Feb, 2025.

— BERNAMA

Tags: BermazAutoMazdasuku kedua 2025
Share201ShareSend

Related Posts

Pekat Cadang Ambil Alih 60 Peratus Kepentingan Dalam Apex Power Pada Harga RM96 Juta
Catalyst

Anak Syarikat Pekat Group Peroleh Kontrak Bernilai RM135.24 Juta Daripada TNB

16 hours ago
Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025
Catalyst

Ulasan Keputusan: Duopharma Biotech [$DPHARMA] 16 Mei 2025

19 hours ago
Untung Bersih Suku Ketiga Dialog Susut Kepada RM133.07 Juta
Catalyst

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

24 hours ago
Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In