fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

TMK Chemical Tumpu Pelan Pengambilalihan Dalam Pasaran Sedia Ada

in Asas Saham
A A
TMK Chemical Tumpu Pelan Pengambilalihan Dalam Pasaran Sedia Ada

Gambar: Imej Jiwa

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) — Rancangan pengambilalihan oleh TMK Chemical Bhd (TMK Chemical) yang memulakan dagangan sulungnya di Pasaran Utama hari ini akan terus ditumpukan di pasaran sedia adanya di Malaysia, Vietnam dan Singapura.

Timbalan Pengurus Besarnya Leong Xiao Lung berkata sebarang rancangan pengambilalihan akan berkait dengan perniagaan terasnya dalam industri kimia bukan organik.

“Kami menyasarkan rancangan pengambilalihan dalam industri kimia tidak organik.

Berkaitan

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Oasis Home Terlebih Langgan 1.55 Kali

ICT Zone Asia Sasar Kumpul RM26.6 Juta Daripada IPO Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

IPO Oasis Home Holding Berhad: Dari TikTok Live ke Bursa Malaysia

“Kami tidak menyasarkan sesuatu yang jauh berbeza daripada apa yang sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas penyenaraian syarikat itu di Bursa Malaysia hari ini.

Penyedia penyelesaian kimia itu yang memulakan dagangan sulungnya di Bursa Malaysia hari ini menyaksikan sahamnya dibuka pada RM1.97, 22 sen lebih tinggi daripada harga tawaran awalnya pada RM.175 sen dengan 5.95 juta unit diniagakan.

Mengenai bidang perniagaan tertentu yang ingin diceburi sepanjang proses pengambilalihannya, Leong berkata tumpuan TMK Chemical adalah untuk menyepadukan lagi operasinya.

Ditanya tentang potensi pelan pengembangan di Indonesia, Timbalan Pengerusi dan Pengarah Eksekutifnya, Leong Chao Seong berkata syarikat itu akan terus menilai keperluan untuk membuka kilang pengeluarannya di negara itu.

Mengenai pembangunan Loji Banting 2 milik syarikat itu beliau berkata pembinaan dijangka siap sepenuhnya pada akhir 2026 dan akan memulakan operasi menjelang suku pertama 2027.

“Kemudahan sedia ada ketika ini beroperasi pada kapasiti 74 peratus dan kami menjangka kapasitinya akan meningkat dua kali ganda sebaik sahaja pengembangan itu siap sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, TMK Chemical juga memperuntukkan sebanyakRM50 juta daripada keuntungan tawaran awam awal untuk mengurangkan jumlah pinjamannya.

Ketua Pegawai Kewangan dan Setiausaha Syarikat Khor Chin Joo berkata langkah itu dijangka dapat mengurangkan nisbah tahap kadar hutang syarikat sebanyak 1.5 kali. 

Ditubuhkan pada 1989, TMK Chemical mempunyai pengalaman 35 tahun dalam pengurusan kimia khususnya kimia tidak organik.

Kumpulan itu mengendalikan 15 kemudahan, dua terminal dan loji pengeluaran bagi memenuhi permintaan antarabangsa dan pertumbuhan serantau.

Pada 12.03 petang, TMK Chemical melonjak 19.0 sen kepada RM1.94 dengan 42.37 juta saham diniagakan.

Pada penutupan dagangan hari ini, harga saham TMK meningkat 17.0 sen kepada RM1.92, dengan 47.49 juta saham didagangkan.

— BERNAMA

Share209ShareSend

Related Posts

IPO Oasis Home Holding Berhad: Dari TikTok Live ke Bursa Malaysia
Asas Saham

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Oasis Home Terlebih Langgan 1.55 Kali

4 days ago
ICT Zone Asia Sasar Kumpul RM26.6 Juta Daripada IPO Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

ICT Zone Asia Sasar Kumpul RM26.6 Juta Daripada IPO Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

1 week ago
IPO Oasis Home Holding Berhad: Dari TikTok Live ke Bursa Malaysia
Asas Saham

IPO Oasis Home Holding Berhad: Dari TikTok Live ke Bursa Malaysia

2 weeks ago
Hartanah Kenyalang Lancar Prospektus IPO Sasar Kumpul RM19.3 Juta
Asas Saham

Hartanah Kenyalang Lancar Prospektus IPO Sasar Kumpul RM19.3 Juta

3 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In