• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Sedikit Ketika Wall Street Lemah

in Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan mencatat peningkatan kecil di tengah-tengah prestasi semalaman Wall Street yang lebih lemah.

Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.05 mata kepada 1,616.69 daripada paras 1,615.64 yang dicatat semalam. 

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 0.21 mata kepada 1,615.85.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 164 berbanding 119 manakala 267 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,926 tidak diniagakan dan 12 lagi digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 102.97 juta unit bernilai RM61.85 juta.

Rakuten Trade Sdn Bhd berkata aktiviti belian pada masa ini dijangka berterusan dan optimis tindakan penjualan oleh pelabur asing tidak akan menjejaskan aliran peningkatan semasa.

“Indeks petunjuk utama itu masih berada dalam fasa konsolidasi dan perlu memecahkan paras 1,630 sebelum bursa tempatan dapat bergerak ke paras lebih tinggi.

“Pada hari ini, kami menjangkakan indeks itu bergerak dalam julat 1,610-1,620,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Saham wajaran tinggi seperti Maybank dan CIMB masing-masing tidak berubah pada RM10.22 dan RM8.19; Public Bank dan Tenaga Nasional susut dua sen pada RM4.55 dan RM13.58 manakala IHH turun tiga sen kepada RM7.30.

Bagi saham aktif, Zen Tech dan CN Asia turun setengah sen kepada 0.5 sen dan lima sen, Velesto tidak berubah pada 15.5 sen, Nationgate menokok dua sen kepada RM2.44 dan Supermax meraih satu sen kepada 99.5 sen.

Di papan indeks pula Indeks FBM Emas naik 10.32 mata kepada 12,338.52, Indeks FBMT 100 menokok 10.22 mata kepada 12,024.50 dan Indeks FBM 70 melonjak 24.37 mata kepada 18,289.91. 

Indeks FBM Emas Shariah meraih 12.09 mata kepada 12,316.19 manakala Indeks FBM ACE meningkat 2.12 mata kepada 5,246.88.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan sebanyak 28.03 mata kepada 19,164.98; Indeks Perladangan naik 9.87 mata kepada 7,788.12; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.09 mata kepada 175.41 manakala Indeks Tenaga meraih 1.09 mata kepada 821.65.

— BERNAMA

Tags: FBM KLCIsesi awalWall Street
Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In