• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

99 Speed Mart, Gamuda Menggantikan Genting, Genting Malaysia Dalam Konstituen FBM KLCI

in Asas Saham
A A
99 Speed Mart, Gamuda Menggantikan Genting, Genting Malaysia Dalam Konstituen FBM KLCI
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) — 99 Speed ​​Mart Retail Holdings dan Gamuda akan menggantikan Genting dan Genting Malaysia sebagai konstituen di FTSE Bursa Malaysia KLCI.

Ini adalah sebahagian daripada beberapa perubahan konstituen kepada Siri Indeks FTSE Bursa Malaysia berikutan semakan separa tahunan pada Disember 2024, kata FTSE Russell dan Bursa Malaysia Bhd dalam satu kenyataan bersama.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

“Siri indeks ini disemak setiap setengah tahun mengikut peraturan asas indeks masing-masing,” katanya.

Sementara itu, sembilan perubahan konstituen dibuat pada FTSE Bursa Malaysia Mid 70 Index.

Sembilan konstituen itu terdiri daripada Carlsberg Brewery Malaysia, Genting, Genting Malaysia, Genting Plantations, Malakoff, Nationgate Holdings, Oriental Holdings, Tanco Holdings, dan ViTrox, manakala yang dikeluarkan melibatkan British American Tobacco (M), DRB-Hicom, Gamuda, Lotte Chemical Titan Holding , Mi Technovation, Padini Holdings, Sports Toto, Supermax dan Velesto Energy.

Bagi Indeks Syariah Hijrah FTSE Bursa Malaysia, satu perubahan konstituen dibuat, iaitu kemasukan IJM dan yang dikeluarkan ialah Malaysian Pacific Industries.

“Semua perubahan konstituen berkuat kuasa pada Isnin, 23 Dis, 2024. Semakan seterusnya akan dilakukan pada Jun 2025,” kata kenyataan itu lagi.

FTSE Bursa Malaysia KLCI yang merupakan sebahagian daripada Siri Indeks FTSE Bursa Malaysia, digunakan secara meluas oleh pelabur sebagai penanda aras utama untuk pasaran modal Malaysia, termasuk derivatif, melalui FTSE Bursa Malaysia KLCI Futures (FKLI) dan FTSE Bursa Malaysia KLCI Option (OKLI).

Indeks penanda aras itu juga diikuti oleh beberapa produk kewangan berkaitan indeks, seperti dana-dana dagangan bursa.

Sementara itu, senarai simpanan FTSE Bursa Malaysia KLCI, yang terdiri daripada lima bukan konstituen terbesar indeks mengikut permodalan pasaran ialah AMMB Holdings, Genting, Malaysia Airports, United Plantations dan Westports Holdings.

Senarai simpanan akan digunakan jika satu atau lebih konstituen dikeluarkan daripada FTSE Bursa Malaysia KLCI selaras dengan peraturan asas indeks dalam tempoh sehingga semakan separuh tahunan berikutnya.

Maklumat lanjut mengenai semakan Siri Indeks FTSE Bursa Malaysia, termasuk semua penambahan dan yang dikeluarkan serta peraturan asas, boleh didapati di https://www.ftserussell.com/products/indices/bursa-malaysia.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFTSE Russellkonstituensemakan separuh tahunanSiri Indeks FTSE Bursa Malaysia
Share248ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

9 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

9 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In