KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) — Cropmate Bhd mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini dengan mencatatkan prestasi positif.
Pada 10.48 pagi, kaunter pengeluar baja itu mencatat kenaikan 1.5 sen kepada 21.5 sen dengan 174.80 juta saham bertukar tangan.
Ia dibuka meningkat 24.5 sen, dengan premium sebanyak 4.5 sen berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 20 sen.
IPO ini melibatkan terbitan 210 juta saham baharu.
Cropmate mengkhusus dalam formulasi dan pengadunan baja konvensional serta baja khas, selain perniagaan baja lurus serta produk berkaitan.
Cropmate dilaporkan menyasar untuk mengumpul sehingga RM42 juta bagi membeli kilang baharu dan memperluas operasi, dengan RM17.1 juta diperuntukkan sebagai modal kerja bagi menyokong pertumbuhan ini, RM16.7 juta bagi pembelian Lot Kilang 8949 dan Lot Kilang 8950, dan RM3.2 juta sebagai perbelanjaan modal, termasuk penubuhan makmal penyelidikan dan pembangunan serta ujian.
Selain itu, RM5 juta akan diperuntukkan untuk membiayai perbelanjaan penyenaraian.
Pada jam 5 petang, saham Cropmate ditutup pada 21 sen.
— BERNAMA




![Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/250708-TheKapital-Featured-NexG-360x180.jpg)