KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Datasonic Group Bhd (Datasonic), Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB) menerima dan bersetuju terhadap dua surat lanjutan (LoE) daripada Kementerian Dalam Negeri berkenaan lanjutan kontrak bagi nilai kontrak keseluruhan RM81.24 juta.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Datasonic menjelaskan LoE pertama membabitkan penyambungan kontrak bagi perkhidmatan penyelenggaraan di pusat pemperibadian kad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Kontrak itu bertempoh 1 Dis, 20024 hingga 30 Nov, 2025 dengan tambahan nilai kontrak keempat RM21.39 juta termasuk cukai jualan dan perkhidmatan sebanyak lapan peratus.
Menurut kumpulan itu, LoE kedua membabitkan pembekalan kad mentah dan bahan guna MyKad, MyTentera serta MyPOCA kepada JPN.
Kontrak itu juga bertempoh 12 bulan bermula 1 Dis, 2024 hingga 30 Nov, 2025 dengan tambahan nilai kontrak kedua RM59.85 juta serta tidak tertakluk kepada cukai jualan dan perkhidmatan sebanyak lapan peratus.
Datasonic memaklumkan kesemua kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan dan aset bersih sesahamnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2025.
— BERNAMA
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!