• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Wasco Catat Untung Bersih RM25.02 Juta Bagi Suku Ketiga

in Catalyst
A A
Perolehan Separuh Pertama Wasco Naik 20.9 Peratus Kepada RM1.35 Bilion
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) — Wasco Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM25.02 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024 berbanding RM27.41 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun kewangan sebelum ini.

Perolehan pula sebanyak RM635.99 juta berbanding RM691.23 juta bagi tempoh yang sama, menurut penyedia perkhidmatan tenaga bersepadu itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Khamis.

Bagi tempoh sembilan bulan tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024, keuntungan bersih Wasco melonjak kepada RM117.77 juta daripada RM73.18 juta pada tempoh sama tahun kewangan 2023 manakala perolehan meningkat kepada RM1.98 bilion daripada RM1.80 bilion.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Menerusi kenyataan berasingan, Wasco memaklumkan keuntungan bersih selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) melonjak 60 peratus kepada RM118.0 juta bagi sembilan bulan tahun kewangan 2024.

“Perolehan kumpulan meningkat 10 peratus kepada RM1.98 bilion, disokong oleh pelaksanaan projek yang mantap dan kecekapan operasi.

“Setakat 30 Sept, 2024, jumlah nilai perolehan kontrak yang diperoleh syarikat kekal kukuh pada RM3.0 bilion, dengan bahagian perkhidmatan tenaga menyumbang lebih 90 peratus kepada jumlah keseluruhan itu,” tambahnya.

Kumpulan itu berkata saluran tendernya juga kekal kukuh dengan nilai tender semasa RM9.6 bilion yang memberi keyakinan pertumbuhan lebih jelas.

“Segmen perkhidmatan tenaga yang merangkumi salutan paip, kejuruteraan dan fabrikasi, mencatat peningkatan perolehan sebanyak 11.8 peratus, menyumbang RM1.8 bilion setakat tahun ini yang yang didorong oleh pelaksanaan projek mengikut jadual.

“Bagi segmen perkhidmatan bioenergi yang menghasilkan dandang biojisim dan turbin, mencatat mencatat penurunan perolehan sebanyak empat peratus kepada RM201.0 juta berikutan tergendalanya penghantaran unit turbin yang siap,” katanya.

Setakat tahun ini, segmen bioenergi itu telah menyiapkan sebanyak 12 dandang dan menjual 54 turbin dengan masing-masing disertakan dengan kontrak penyelenggaraan selama dua tahun.

Mengulas prospek, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wasco Giancarlo Maccagno berkata biarpun berdepan ketidaktentuan pasaran tenaga global, kumpulan yakin untuk mengekalkan trajektori pertumbuhannya.

“Kami yakin dengan strategi jelas dan momentum operasi yang kukuh, Wasco berada pada kedudukan terbaik untuk menyampaikan pertumbuhan mampan serta mencipta nilai jangka panjang bagi semua pihak berkepentingan sambil memacu usaha penyahkarbonan,” katanya.

— BERNAMA

Tags: prestasisuku ketiga 2024Wasco Bhd
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In