• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih TNB Melonjak Kepada RM1.58 Bilion Bagi Suku Ketiga

in Catalyst
A A
Unit TNB Selesai Urusan Pembiayaan RM1.56 Bilion Berkaitan Loji Jana Kuasa Solar Di UK

Kredit gambar: TNB

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) — Keuntungan bersih Tenaga Nasional Bhd (TNB) meningkat hampir dua kali kepada RM1.58 bilion dalam suku ketiga tahun kewangan berakhir pada 30 Sept, 2024 (TK2024), daripada RM856.20 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Peningkatan itu disumbangkan oleh keuntungan dalam pertukaran asing, jualan tenaga elektrik yang lebih tinggi selain prestasi operasi yang lebih baik.

Perolehan meningkat kepada RM14.35 bilion pada suku ketiga 2024 daripada RM13.47 bilion sebelum ini, kata syarikat gergasi utiliti negara itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Jualan tenaga elektrik meningkat 6.2 peratus atau RM2.37 bilion yang mendorong pertumbuhan pendapatan kumpukan sebanyak 7.5 peratus atau RM2.9 bilion.

“Pertumbuhan permintaan juga meningkat sebanyak 7.6 peratus, terutama daripada sektor komersial dan domestik,” katanya.

TNB berkata mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) juga dalam kedudukan kurang pulih lebih rendah iaitu RM7.37 bilion berbanding RM8.49 bilion pada tempoh sama tahun lepas berikutan harga bahan api yang lebih rendah.

Bagi tempoh sembilan bulan pertama 2024, kumpulan itu mencatat prestasi yang stabil, disokong oleh peningkatan permintaan, prestasi operasi lebih baik dan pengurusan modal yang cekap.

Keuntungan bersih TNB melonjak kepada RM3.74 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama 2024 daripada RM2.19 bilion bagi tempoh sama 2023 manakala perolehan menokok kepada RM42.36 bilion daripada RM39.41 bilion sebelumnya.

Menyentuh prospek, TNB berkata seiring jangkaan Keluaran Dalam Negara Kasar berkembang 4.8 peratus hingga 5.3 peratus, kumpulan mengunjurkan prestasi yang stabil untuk 2024 dan akan terus melaksanakan strategi perniagaan berhemat untuk mengekalkan daya tahan.

“Kumpulan komited untuk menjadi pemain utama dalam memajukan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR) sambil berusaha mendapatkan pertumbuhan dan nilai mampan untuk pihak berkepentingan,” katanya.

— BERNAMA

Tags: prestasi kewangansuku ketigatenagaTNB
Share223ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In