• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Tiada Petunjuk Baharu, Prospek Dasar AS Asak Bursa Malaysia Susut Pada Dagangan Awal

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan aliran penurunan pada Jumaat, didorong oleh kekurangan petunjuk baharu Wall Street selain kebimbangan ketara berkaitan ketidaktentuan dasar Amerika Syarikat (AS).

Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.21 mata kepada 1,592.28 daripada paras 1,597.49 pada akhir dagangan semalam.

Indeks itu dibuka turun 1.13 mata kepada 1,596.36.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pasaran secara meluas menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 192 berbanding 129 manakala 241 kaunter lain tidak berubah, sebanyak 1,898 tidak diniagakan dan 56 lain digantang dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 323.43 juta unit bernilai RM105.63 juta.

Pasaran AS ditutup semalam bersempena cuti umum manakala dagangan singkat pada Jumaat berkemungkinan menjejaskan lagi pasaran.

Naib Presiden Penyelidik Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata berdasarkan pasaran hadapan, kesemua indeks utama diniagakan secara positif pada masa ini, sekali gus menunjukkan pasaran AS dibuka dengan trajektori meningkat.

Namun, sentimen berhati-hati kekal ketara susulan jangkaan insentif tambahan dari China dan sama ada pihak Rizab Persekutuan AS berkemungkinan menurunkan kadar pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka pada pertengahan bulan depan.

“Di peringkat tempatan, FBM KLCI mengakhiri dagangan semalam di bawah paras 1,600 semula ketika aktiviti memperelok akaun ketara susulan penjualan oleh dana asing dalam sesi tengah hari.

“Susulan sentimen pasaran yang kurang memberangsangkan, kami menjangkakan aktiviti memburu saham-saham berharga rendah akan lebih suram,” katanya.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd pula percaya cadangan Presiden bakal dilantik, Donald Trump untuk melaksanakan tarif dagangan akan memberi tekanan ke atas inflasi di masa depan.

Faktor sedemikian berkemungkinan mengukuhkan lagi terhadap andaian pihak Rizab Persekutuan AS akan melaksanakan pengurangan kadar faedah secara berperingkat yang akan menjadi dorongan aliran peningkatan di pasaran saham.

“Berikutan itu, peniaga akan terus memantau perkembangan dan data penting ekonomi seperti Indeks Harga Pengguna Eurozone selain Indeks Pengurus Pembelian Chicago dan China,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Tenaga Nasional susut 40 sen kepada RM13.58 manakala YTL Corp dan Press Petal masing-masing turun empat sen kepada RM2.07 dan RM4.64.

RHB Bank pula berkurangan enam sen kepada RM6.61 manakala Maybank turun dua sen kepada RM10.18.

Maxis yang juga antara syarikat dengan pegangan utama milik taikun perniagaan Ananda Krishnan yang meninggal dunia semalam, kekal pada RM3.51.

Bagi saham aktif, Zen Tech, Sapura Energy dan Pegasus pula masing-masing tidak berubah pada 1.0 sen, 4.0 sen dan 1.0 sen.

Selain itu, Supreme Consolidated yang mula disenaraikan di Pasaran ACE naik 13.5 sen atau 54 peratus kepada 38.5 sen manakala Capital A turun lima sen kepada RM1.04 walaupun mengumumkan prestasi mencatat keuntungan bersih semalam.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas berkurangan 32.34 mata kepada 12,112.89, Indeks FBMT 100 susut 30.51 mata kepada 11,810.78 dan Indeks FBM Emas Shariah turun 50.05 mata kepada 12,037.52.

Indeks FBM 70 berkurangan 16.06 mata kepada 17,847.14 manakala Indeks FBM ACE naik 4.26 mata kepada 5,153.40.

Mengikut sektor pula, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 6.87 mata kepada 19,100.46, Indeks Tenaga turun 2.79 mata kepada 816.60, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri susut 0.37 mata kepada 170.23.

Indeks Perladangan sebaliknya naik 11.09 mata kepada 7,500.29.

— BERNAMA 

Tags: Bursa Malaysiadasar ASWall Street
Share205ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In