• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Sime Darby Melonjak Kepada RM800 Juta Suku Pertama Tahun Kewangan 2025

in Catalyst
A A
Langkah Pengambilalihan Terkini Oleh Sime Darby Satu Strategi Pembelbagaian Yang Baik – CGSCIMB
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) — Keuntungan bersih Sime Darby Bhd (Sime Darby) bagi suku pertama berakhir 30 Sept, 2024 melonjak kepada RM800 juta, meningkat daripada RM589 juta yang dicapai dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Sime Darby dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata perolehan kumpulan pula meningkat sebanyak 30.6 peratus kepada RM18.26 bilion, berbanding RM13.98 bilion sebelumnya. 

Katanya, prestasi kukuh itu disumbangkan menerusi keuntungan daripada anak syarikat milik penuhnya, UMW Holdings dan keuntungan daripada pelupusan tanah di Malaysia Vision Valley.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Keuntungan bersih teras kumpulan bagi suku itu juga meningkat dengan bahagian UMW menyumbang sebanyak RM214 juta dalam keuntungan sebelum faedah dan cukai, terutamanya daripada perniagaan automotifnya di Malaysia.

“Keuntungan yang lebih tinggi itu dipacu lagi oleh keuntungan sebanyak RM39 juta daripada penukaran semula liabiliti minyak dan gas warisan (berbanding dengan kerugian sebanyak RM1 juta dalam tempoh yang sama sebelumnya),” katanya.

Sime Darby berkata bahagian motornya mencatatkan keuntungan sebelum faedah dan cukai tahunan (PBIT) keseluruhan sebanyak RM190 juta pada suku pertama tahun kewangan 2025, satu penurunan sebanyak 6.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Bagaimanapun, katanya jualan kenderaan elektrik (EV) yang kukuh di Singapura membantu mengimbangi cabaran di pasaran lain.

“Walaupun dalam keadaan ekonomi yang mencabar, kami teruja untuk memulakan tahun kewangan 2025 dengan positif. Kami sudah mula mendapat manfaat daripada sumbangan perniagaan Toyota dan Perodua, dua jenama ikonik yang ditambah dalam portfolio Malaysia kami selepas pengambilalihan UMW,” kata kenyataan itu.

Memandang ke hadapan, Sime Darby menyifatkan prestasi bahagian perindustrian terus disokong oleh permintaan yang kukuh untuk produk dan perkhidmatan kumpulan selepas jualan dalam industri perlombongan di Australasia, walaupun sektor pembinaan di China dijangka kekal lemah.

“Permintaan untuk kereta di Malaysia kekal kukuh dan Persatuan Automotif Malaysia mengunjurkan satu lagi tahun rekod jualan kereta pada 2024, dengan jumlah keseluruhan industri (TIV) dijangka melebihi 800,000 unit.

“Bagaimanapun, industri ini berdepan dengan persaingan yang meningkat, terutamanya daripada pengeluar peralatan asli China.

“Walaupun menghadapi cabaran dalam industri permotoran, lembaga pengarah menjangkakan prestasi kewangan teras bagi tahun berakhir 30 Jun 2025 akan kekal selaras dengan tahun sebelumnya,” katanya.

— BERNAMA

Tags: KeputusanSime Darby Bhduntung bersih
Share211ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In