• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih TM Susut Kepada RM465.03 Juta

in Catalyst
A A
Keuntungan Bersih TM Naik Kepada RM1.87 Bilion Bagi Tahun Kewangan 2023
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) — Telekom Malaysia Bhd (TM) mencatatkan penyusutan dalam keuntungan bersihnya bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024 kepada RM465.03 juta daripada RM538.19 juta pada suku yang sama 2023.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, ia berkata hasil turut menurun sebanyak 1.2 peratus kepada RM2.91 bilion daripada RM2.95 bilion sebelumnya.

 “Penurunan kecil itu mencerminkan landskap persaingan yang mencabar pada 2024,” kata TM.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Bagi tempoh sembilan bulan terkumpul berakhir 30 Sept, 2024, keuntungan bersih lebih rendah kepada RM1.28 bilion berbanding RM1.43 bilion pada tempoh yang sama 2023.

Hasil turun sedikit kepada RM8.66 bilion berbanding RM8.69 bilion untuk tempoh terkumpul yang sama sebelum ini.

Dari segi tahun ke tahun, kumpulan itu melaporkan hasil operasi sebanyak RM8.66 bilion, penurunan sederhana 0.4 peratus berbanding RM8.69 bilion tahun lepas.

Walaupun begitu, keuntungan operasi kumpulan sebelum keuntungan lain dan kos kewangan meningkat sebanyak 7.9 peratus kepada RM1.81 bilion daripada RM1.67 bilion pada suku ketiga 2023, didorong oleh perbelanjaan operasi yang lebih rendah daripada inisiatif pengurusan kos berterusan kumpulan.

“Ini diperkuatkan lagi oleh kunci kira-kira yang kukuh dan rizab tunai kami, yang menonjolkan kedudukan kewangan kumpulan yang sihat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Amar Huzaimi Md Deris dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pangkalan pelanggan jalur lebar TM terus berkembang dengan mantap, dipacu oleh kempen Unifi UniVerse.

Ia juga terus mengembangkan kerjasama dengan perusahaan dan agensi kerajaan untuk mempercepatkan penggunaan digital seperti 5G, perkhidmatan pintar, penjagaan kesihatan dan pendidikan.

 “Pada masa yang sama, kami tetap teguh dalam menyediakan infrastruktur yang kukuh untuk menghubungkan dunia ke Malaysia, termasuk kabel dasar laut dan pusat data bagi memacu transformasi digital negara dan mengukuhkan peranannya sebagai hab digital bagi ASEAN,” kata Amar Huzaimi.

Beliau juga berkata untuk suku akhir 2024, TM menggunakan pendekatan yang lebih proaktif bagi meningkatkan hasil melalui penumpuan kepada mudah alih tetap dan memanfaatkan teknologi baharu seperti penyelesaian 5G, awan dan kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan pengalaman pelanggan.

“Kesimpulannya, dengan strategi yang jelas dan pelaksanaan yang kukuh, digabungkan dengan tumpuan kepada kecekapan kos yang berdisiplin, kami yakin dalam mengekalkan momentum pertumbuhan TM, memastikan kami berada di landasan yang kukuh untuk menjadi kuasa digital menjelang 2030,” kata Amar Huzaimi.

Kumpulan itu mengekalkan prospek positif untuk menutup tahun dan kekal di landasan bagi mencapai panduan pasarannya yang dikeluarkan untuk 2024.

— BERNAMA 

Tags: Bursa Malaysiasuku ketiga tahun kewangan 2024Telekom MalaysiaTM
Share205ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

5 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

5 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In