fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 23, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Suku Ketiga TH Plantations Melonjak Kepada RM21.55 Juta

in Catalyst
A A
Untung Bersih Suku Ketiga TH Plantations Melonjak Kepada RM21.55 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) — Keuntungan bersih bagi suku ketiga 2024 TH Plantations Bhd (THP) melonjak kepada RM21.55 juta daripada RM17.55 juta tahun lepas.

Hasil meningkat 16.32 peratus kepada  RM251.99 juta daripada RM216.64 juta sebelum itu, didorong oleh prestasi yang kukuh dalam perladangan kelapa sawit, peningkatan jumlah jualan minyak sawit mentah (MSM) dan isirung sawit, serta purata harga direalisasi yang tinggi bagi kedua-dua produk.

Bagi tempoh sembilan bulan terkumpul, keuntungan bersih melonjak kepada RM44.99 juta daripada RM34.34 juta manakala hasil naik kepada RM607.32 juta daripada RM535.52 juta.

Berkaitan

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM41.5 Juta Pada Suku Pertama

Dalam satu kenyataan berasingan selepas makluman keputusan suku ketiga kepada Bursa Malaysia, syarikat perladangan itu berkata ia mencatat keputusan kewangan yang cemerlang bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept, 2024 dengan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak  RM95.12 juta.

“Ia mencerminkan peningkatan ketara sebanyak 56.06 peratus berbanding RM60.95 juta yang dicatatkan bagi tempoh yang sama tahun lepas. Pertumbuhan ini terutamanya disokong oleh hasil yang lebih tinggi daripada peningkatan jumlah jualan dan purata harga direalisasi yang lebih baik bagi MSM dan isirung sawit.

“Selain itu, peningkatan kecekapan operasi untuk tempoh sembilan bulan juga menghasilkan kenaikan 69 peratus dalam keuntungan kasar sebanyak RM180.76 juta daripada RM107.06 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas,” katanya.

THP berkata pengeluaran tandan buah segar (TBS) meningkat 10.3 peratus daripada 539,123 tan kepada 594,416 tan, disumbangkan antaranya oleh trend tanaman yang lebih baik, terutama dari Semenanjung Malaysia.

“Hasil TBS sehektar juga meningkat sebanyak 11.3 peratus. Margin keuntungan kasar meningkat sebanyak 48.9 peratus, daripada 19.99 peratus kepada 29.76 peratus, manakala margin PBT juga meningkat 37.6 peratus daripada 11.38 peratus kepada 15.66 peratus,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Mohamed Zainurin Mohamed Zain berkata THP berada di landasan yang betul untuk memberikan nilai kepada para pemegang saham kerana PBT untuk sembilan bulan telah melepasi PBT tahun penuh bagi tahun kewangan 2023 sebanyak RM85.91 juta.

“Di samping harga MSM yang menggalakkan menjelang baki tahun ini, kami menantikan prestasi THP yang lebih baik untuk 2024.

“Inisiatif Pelan Perniagaan Strategik lima tahun kumpulan atau Al-Falah 22/22 akan terus menjadi penggerak dalam mencapai hasil yang lebih baik melalui kecekapan operasi, amalan agronomi yang lebih baik, penanaman semula dan usaha mekanisasi yang dipercepatkan,” katanya.

Memandang ke hadapan, THP berkata bahawa ia kekal optimistik dengan berhati-hati mengenai prospek pasaran.

“Dinamik pasaran yang positif termasuk bekalan minyak sawit yang terhad, paras stok yang rendah, dan perancangan dan kemas kini biodiesel pada 2025 telah menyokong industri sejak Oktober 2024.

“Kumpulan menjangkakan aliran ini akan berterusan sehingga akhir tahun dan seterusnya menyumbang secara positif ke arah prestasi keseluruhan,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Keputusansuku ketigaTH Plantations
Share201ShareSend

Related Posts

AAB Akan Bayar RM8 Juta Kepada AAX Bagi Perjanjian Pajakan Tambahan Pesawat
Catalyst

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

13 hours ago
Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas
Catalyst

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

14 hours ago
Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih S1 Lebih Rendah Kepada RM30.37 Juta
Catalyst

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM41.5 Juta Pada Suku Pertama

19 hours ago
MYEG Bersedia Jadi Peneraju Serantau Pembangunan Ekosistem Metaverse
Catalyst

Untung Bersih Suku Pertama MyEG Naik Kepada RM181.64 Juta

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In