• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Untung Bersih MBSB Meningkat Kepada RM122.08 Juta Pada Suku Ketiga

in Saham
A A
Untung Bersih Suku Ketiga MBSB Susut Kepada RM32.84 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) — MBSB Bhd (MBSB) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM122.08 juta pada suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2024 berbanding RM32.84 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

MBSB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata perolehan kumpulan meningkat kepada RM947.50 juta berbanding RM746.20 juta sebelumnya disebabkan oleh peningkatan pendapatan pembiayaan dan sumbangan daripada penggabungan dengan Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF).

Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024, keuntungan bersih MBSB meningkat kepada RM255.26 juta berbanding RM190.66 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas manakala perolehan naik kepada RM2.80 bilion dalam tempoh sembilan bulan tahun kewangan 2024 berbanding RM2.12 bilion sebelumnya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Pertumbuhan (dalam perolehan) ini didorong oleh gabungan pendapatan yang dibiayai dan tidak dibiayai, apabila pendapatan dibiayai mencapai RM1.1 bilion, peningkatan sebanyak RM298 juta berbanding tahun sebelumnya, disokong oleh pendapatan pembiayaan dan pendapatan perbendaharaan yang lebih tinggi.

“Sementara itu, pendapatan tidak dibiayai mencatatkan peningkatan ketara kepada RM145 juta, meningkat daripada RM37 juta, disumbangkan oleh penambahbaikan dalam perkhidmatan penasihat, pendapatan yuran, keuntungan daripada pelaburan kewangan dan sumbangan daripada MIDF,” katanya.

Bagi prospek masa depan, MBSB menjangkakan strategi “Flight26” mereka yang memberi tumpuan kepada peningkatan akaun semasa dan simpanan, pengembangan pembiayaan, meningkatkan pendapatan tidak dibiayai, mengoptimumkan nisbah kos kepada hasil dan meningkatkan pulangan ke atas ekuiti.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rafe Haneef berkata pertumbuhan dalam perolehan dan keuntungan menunjukkan bahawa tumpuan mereka untuk mengoptimumkan penyata kewangan dan menguruskan kos berada di landasan yang betul.

“Melangkah ke hadapan, kami menyasarkan untuk membina momentum ini, memastikan kami terus komited untuk menawarkan penyelesaian kewangan yang inovatif dan berfokuskan pelanggan, sambil mengekalkan asas yang kukuh,” katanya.

— BERNAMA

Tags: 2024bankKeputusanMBSBsuku ketiga
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In