• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Topvision Yang Bakal Ke Pasaran ACE Sasar Kumpul RM17.89 Juta Melalui IPO

in Asas Saham
A A
Topvision Yang Bakal Ke Pasaran ACE Sasar Kumpul RM17.89 Juta Melalui IPO
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Topvision Eye Specialist Bhd (Topvision) yang akan memindahkan penyenaraiannya dari Pasaran LEAP ke Pasaran ACE Bursa Malaysia menyasarkan untuk mengumpul RM17.89 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO).

Berharga 33 sen sesaham, pelaksanaan itu dijadualkan pada 16 Dis, 2024.

Pasaran LEAP ialah pasaran yang dipacu oleh penasihat dan hanya boleh diakses oleh pelabur yang berpengetahuan tinggi.

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Penyedia perkhidmatan perubatan penjagaan mata itu berkata, daripada jumlah tersebut, RM7.9 juta akan diperuntukkan untuk penubuhan Topvision International Eye Specialist Centre di Lembah Klang, sebuah pusat penjagaan ambulatori (ACC) peringkat tertiari dengan perkhidmatan subkepakaran seperti pembedahan retina, pemindahan kornea dan oftalmologi pediatrik.

Ia berkata RM5 juta akan digunakan untuk mengembangkan rangkaian ACC dengan pembukaan pusat baharu di Kuala Terengganu dan Tawau, Sabah bagi memperluaskan kehadiran syarikat.

“Syarikat akan memperuntukkan RM0.50 juta untuk membeli mesin termasuk mesin fakoemulsifikasi, bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan di seluruh rangkaian Topvision dan RM4.5 juta akan digunakan untuk perbelanjaan penyenaraian,” kata syarikat itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutifnya Dr. Peter Chong Kuok Siong berkata pemindahan penyenaraian ini bukan sahaja mempercepatkan pertumbuhannya tetapi juga menegaskan komitmen syarikat untuk memajukan penjagaan kesihatan mata di seluruh Malaysia.

“Dengan dana yang dikumpul, kami akan mengembangkan rangkaian ACC kami, menubuhkan Topvision International dan melabur dalam mesin-mesin baharu.

“Penyenaraian ini mencerminkan dedikasi kami terhadap pertumbuhan yang mampan, kecemerlangan klinikal dan misi syarikat untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit,” katanya semasa pelancaran prospektus syarikat di sini hari ini.

Mengenai rancangan pengembangannya, Chong berkata, pihaknya akan memulakan operasi di Terengganu pada suku kedua 2025 manakala ACC di Sabah dijangka memulakan operasinya pada suku keempat 2025.

“Penubuhan Topvision International Eye Specialist Centre di Petaling Jaya telah mencapai 90 peratus siap, oleh itu kami berhasrat untuk memulakan operasi di sana pada suku kedua 2025 juga,” katanya pada sidang media.

Dalam pada itu, Topvision berkata, tawaran awam itu akan melibatkan terbitan 54.22 juta saham biasa baharu.

Permohonan untuk terbitan awam dibuka mulai hari ini sehingga 3 Dis, 2024.

— BERNAMA

Tags: pasaran ACEProspektusTopvision Eye Specialist
Share206ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

3 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

4 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In