• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Pharmaniaga Catat Keuntungan Bersih RM101.03 Juta Pada Suku Ketiga

in Catalyst
A A
Juruaudit Nyata Keraguan Keupayaan Pharmaniaga Teruskan Kesinambungan Perniagaan 
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) — Pharmaniaga Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM101.03 juta pada suku ketiga berakhir 30 September, 2024 daripada kerugian bersih RM49.34 juta dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.

Hasil meningkat 16.3 peratus kepada RM1.03 bilion pada suku ketiga daripada RM885.49 juta sebelumnya, kebanyakannya didorong oleh peningkatan permintaan dalam segmen konsesi.

“Permintaan yang meningkat dalam segmen konsesi adalah disebabkan penambahan produk baharu kepada senarai harga produk diluluskan dan pelarasan harga di bawah kitaran konsesi baharu berikutan peningkatan kos pembekal ditambah dengan pembalikan caj penalti daripada kerajaan,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Syarikat farmaseutikal itu berkata hasil lebih tinggi itu turut disumbangkan oleh peningkatan permintaan pelanggan dalam segmen Indonesia, disebabkan lonjakan pesanan daripada prinsipal sedia ada dan jualan tambahan dijana daripada pembukaan dua cawangan baharu pada Februari 2024.

Bagaimanapun, Pharmaniaga berkata pertumbuhan itu sebahagiannya diimbangi oleh penurunan dalam hasil dalam segmen bukan konsesi yang terjejas oleh penyiapan bekalan produk darah.

Untuk sembilan bulan berakhir 30 September, 2024, kumpulan itu mencatatkan hasil RM2.8 bilion, mewakili peningkatan 8.4 peratus daripada RM2.6 bilion dicatatkan dalam tempoh sama setahun sebelumnya.

Dari segi prospek, Pharmaniaga kekal berada pada kedudukan baik untuk pertumbuhan, disokong oleh prestasi berdaya tahan dalam segmen konsesi, kemajuan ketara dalam biofarmaseutikal dan pengembangan strategik di Indonesia.

Kumpulan itu juga bercadang untuk melancarkan tujuh produk molekul kecil baharu pada 2025 merentasi bidang terapeutik utama iaitu anti-jangkitan, saluran pencernaan dan metabolisme serta kardiovaskular dengan unjuran pendapatan tambahan sebanyak RM30 juta setahun.

“Dengan inisiatif strategik ini dan tumpuan khusus terhadap kecemerlangan operasi, Pharmaniaga dijangka berprestasi kukuh pada 2024 dan prospek cerah untuk 2025,” katanya.

— BERNAMA 

Tags: Keputusankeuntungan bersihPharmaniagasuku ketiga
Share219ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In