• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Hibiscus Petroleum Jangka Pendapatan Daripada Pengambilalihan TotalEnergies Mulai 2025

in Catalyst
A A
Simpor Hibiscus Beli TotalEnergies Brunei Pada RM1.22 Bilion
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) — Pengambilalihan Hibiscus Petroleum Bhd terhadap TotalEnergies di Brunei dijangka mula memberi sumbangan kepada pendapatannya bermula dari tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025, kata Pengarah Urusannya Dr Kenneth Pereira.

Beliau berkata pengambilalihan itu membawa manfaat yang besar kepada pengendali minyak dan gas huluan termasuk peningkatan pengeluaran gas serta penilaian syarikat yang lebih baik.

“Sebelum pengambilalihan TotalEnergies, campuran pengeluaran kami adalah 36 peratus gas dan 64 peratus minyak serta pemeluwapan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Selepas pengambilalihan, ia telah beralih kepada 49 peratus gas dan 51 peratus minyak serta pemeluwapan. Ini selaras dengan strategi peralihan tenaga kami, di mana kami bermatlamat untuk lebih menumpukan kepada gas.”

“Kami mencapai kemajuan yang mantap ke arah itu dan aset di Brunei memainkan peranan penting dalam perjalanan ini. Selain itu, intensiti gas rumah hijau (GHG) untuk aset ini adalah sekitar 11 kilogram (kg) karbon dioksida bagi setiap tong yang dihasilkan, yang jauh lebih rendah daripada purata global iaitu 18 kg,” katanya dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini. 

Pada 14 Oktober lepas, Hibiscus Petroleum telah melengkapkan pengambilalihan kepentingan yang dikendalikan sebanyak 37.5 peratus milik TotalEnergies EP (Brunei) BV dalam bidang Blok B Maharajalela Jamalulalam (MLJ).

Aset gas berkualiti tinggi ini yang terletak di luar pesisir Brunei merupakan tambahan berharga kepada portfolio Hibiscus Petroleum.

Dengan pengambilalihan ini, Hibiscus Petroleum kini memegang saham sebanyak 37.5 peratus dan mengambil alih peranan sebagai pengendali bagi medan gas tersebut. 

Sebagai sebahagian daripada pengambilalihan ini, TotalEnergies EP Brunei telah secara rasmi beralih kepada nama entiti undang-undang baharu iaitu Hibiscus EP (Brunei) B.V.

“Langkah pertama adalah untuk menstabilkan keseluruhan operasi kami (di Brunei) sambil membina hubungan dengan kerajaan Brunei, pengawal selia serta komuniti minyak dan gas,” katanya.

Pereira menekankan hampir 84 peratus pengeluaran dari medan MLJ adalah gas.

Selepas transaksi ini, katanya, kumpulan telah mencapai peningkatan sebanyak 34 peratus dalam pengeluaran harian, menjadikannya kira-kira 28,000 tong minyak bersamaan setiap hari.

Setakat 1 Julai 2024, Hibiscus Petroleum memiliki kira-kira 78 juta tong minyak bersamaan rizab 2P.

“Ini (medan MLJ) adalah aset gas yang menjana tunai dan dilengkapi dengan pengendalian selain membolehkan kami mengurus medan secara langsung.

“Aspek ini sangat menarik bagi kami. Selain itu, tempoh konsesi ini berlangsung sehingga 2029, dengan pilihan bagi rakan kongsi semasa untuk melanjutkannya lagi selama 10 tahun, menjadikannya hingga 2039. Ini memberikan kami laluan yang panjang dan menjanjikan pada masa hadapan,” jelas Pereira.

Beliau juga berkata Hibiscus Petroleum sedang menilai kemungkinan bekerjasama dengan TotalEnergies Brunei untuk bersama-sama membangunkan kemudahan solar 13 megawatt bagi menyokong aset tersebut.

“Kami sedang menilai peluang ini dengan teliti untuk memastikan ia selaras dengan matlamat jangka panjang dan kami yakin dengan andaian asas yang ada. Ia sememangnya merupakan prospek yang sangat menarik,” katanya.

Selain daripada medan MLJ di Brunei, Hibiscus Petroleum juga mengekalkan kehadiran antarabangsa yang kukuh dengan aset di Australia, Vietnam dan United Kingdom.

— BERNAMA

Tags: BruneigasKenneth PereiraMLJ
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In