• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Gas Malaysia Meningkat Kepada RM115.99 Juta Pada Suku Ketiga

in Catalyst
A A
Untung Bersih Suku Pertama Gas Malaysia Melonjak Kepada RM95.1 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Gas Malaysia Bhd (Gas Malaysia) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM115.99 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024, berbanding RM86.16 juta pada suku yang sama tahun lepas.

 Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata perolehan meningkat sebanyak 17.3 peratus kepada RM2.13 bilion daripada RM1.82 bilion sebelumnya, dipacu oleh jumlah jualan gas asli yang lebih tinggi, purata harga jualan gas asli yang meningkat dan yuran tol yang lebih tinggi.

Bagi tempoh sembilan bulan tahun kewangan 2024, keuntungan bersih Gas Malaysia meningkat kepada RM328.67 juta daripada RM279.07 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Bagaimanapun, menurut Gas Malaysia, perolehan untuk sembilan bulan bagi tahun kewangan 2024 turun 4.6 peratus kepada RM5.99 bilion daripada RM6.28 bilion sebelumnya.

Penurunan ini disebabkan oleh purata harga jualan gas asli yang lebih rendah, sebahagiannya diimbangi oleh peningkatan jumlah jualan dan yuran tol sepanjang tempoh dalam semakan, katanya.

Mengenai prospek, syarikat berkata ia kekal komited untuk melaksanakan langkah berhemat bagi meningkatkan kecekapan operasi, kekal berdaya saing dan meneruskan peluang untuk pengembangan perniagaan.

“Dengan strategi ini, lembaga pengarah menjangkakan kumpulan mencapai prestasi yang memuaskan bagi tahun kewangan 2024,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Gas MalaysiaKeputusankeuntunganperolehan
Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

5 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

5 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In