• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Teruskan Momentum Minggu Lepas Dengan Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan momentum minggu lepas dengan dibuka tinggi hari ini, menjejaki prestasi Wall Street semalaman yang lebih baik berikutan pelabur terus meletakkan kepercayaan pada strategi “beli kripto dan dolar” susulan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya.

Pada 9.27 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.28 mata kepada 1,596.06 daripada 1,589.78 pada Jumaat lepas.   

Indeks petunjuk pasaran memulakan hari dagangan dengan naik 4.09 mata kepada 1,593.87.  

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Suasana pasaran, bagaimanapun, negatif sedikit, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 263 berbanding 233 manakala 353 kaunter tidak berubah, 1,615 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 322.82 juta unit bernilai RM187.24 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd menjangka tumpuan peniaga pada minggu ini akan beralih kepada acara ekonomi utama, termasuk minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC), data Perbelanjaan Penggunaan Peribadi Teras Amerika Syarikat (AS), Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga AS dan Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan China.

“Dengan kenaikan harga emas dan minyak, kami menjangka aktiviti dagangan positif dalam sektor emas serta minyak dan gas.

“Selain itu, dolar AS yang kukuh dan cadangan tarif oleh pentadbiran Trump dijangka mewujudkan peluang dalam sektor berorientasikan eksport seperti teknologi dan sarung tangan,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga Nasional, masing-masing naik 8.0 sen kepada RM10.28 dan RM14.08, Public Bank dan IHH Healthcare, masing-masing meningkat 4.0 sen kepada RM4.42 dan RM7.23 serta Hong Leong Bank menambah 18 sen kepada RM20.66.

Bagi saham aktif, CN Asia merosot setengah sen kepada 7.0 sen, Bahvest berkurangan 4.5 sen kepada 88.5 sen manakala Genetic Technology menambah 5.0 sen kepada 86.5 sen dan Widad Group tidak berubah pada 5.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Shariah naik 35.44 mata kepada 12,160.95, Indeks FBM Emas meningkat 47.41 mata kepada 12,158.40 dan Indeks FBMT 100 menambah 47.01 mata kepada 11,861.44.

Indeks FBM 70 naik 72.61 mata kepada 18,006.63, bagaimanapun Indeks FBM ACE berkurangan 19.47 mata kepada 5,143.60.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 114.77 mata kepada 19,151.84, Indeks Tenaga naik 4.43 mata kepada 824.55 dan Indeks Perladangan meningkat 0.74 mata kepada 7,539.26.

Bagaimanapun, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.30 mata kepada 172.98.  

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaMalacca SecuritiesWall Street
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In