fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Suku Ketiga Sime Darby Property Susut Pada RM128.25 Juta

in Catalyst
A A
Sime Darby Property Teroka Penyelesaian Solar Bumbung Seiring Pelancaran NETR Fasa 1
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) — Sime Darby Property Bhd mencatat keuntungan bersih lebih rendah bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024, pada RM128.25 juta berbanding RM144.91 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, pemaju hartanah itu berkata perolehan hasil bagaimanapun meningkat pada RM1.09 bilion daripada RM1.04 bilion, sebelumnya.

Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun kewangan berakhir pada 31 Dis, 2024, keuntungan bersih syarikat melonjak kepada RM413.79 juta berbanding RM276.65 juta dalam tempoh sama pada 2023.

Berkaitan

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

Selain itu, perolehan hasil menokok kepada RM3.27 bilion dalam sembilan pertama tahun kewangan 2024 berbanding RM2.42 bilion pada tempoh sebelumnya.

“Kesemua segmen mencatatkan pertumbuhan hasil dengan segmen pembangunan hartanah mendahului menerusi peningkatan sebanyak 36.2 peratus.

“Segmen pelaburan dan pengurusan aset mencatat pertumbuhan sebanyak 22 peratus manakala segmen riadah berkembang 11.5 peratus,” katanya.

Mengulas prospek, Sime Darby Property menjangkakan keadaan lebih cerah bagi sektor hartanah, disokong oleh petunjuk ekonomi yang positif.

Dalam pada itu, Pengarah Urusannya, Datuk Seri Azmir Merican berkata syarikat itu akan terus menumpukan usaha mempelbagaikan gabungan produk dan mengembangkan aliran pendapatan berulang selaras dengan strategi SHIFT25.

“Dalam usaha menuju penghujung 2024 dan seterusnya 2025, kita kekal komited untuk melipatgandakan nilai bagi masyarakat, perniagaan, ekonomi serta planet,” katanya dalam satu kenyataan.

— BERNAMA

Tags: Azmir MericanBursa MalaysiaprestasiSime Darby Propertysuku ketiga
Share208ShareSend

Related Posts

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]
Asas Saham

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

12 hours ago
AAB Akan Bayar RM8 Juta Kepada AAX Bagi Perjanjian Pajakan Tambahan Pesawat
Catalyst

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

1 day ago
Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas
Catalyst

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

1 day ago
Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih S1 Lebih Rendah Kepada RM30.37 Juta
Catalyst

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM41.5 Juta Pada Suku Pertama

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In