• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Suku Ketiga MY E.G. Naik 62.5 Peratus Kepada RM195 Juta

in Catalyst
A A
MYEG Philippines, SSS PH Bekerjasama Untuk Tingkatkan Pengalaman Pembayaran
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) — Keuntungan bersih MY E.G. Services Bhd (MYEG) meningkat 62.5 peratus kepada RM195.05 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 daripada RM120 juta dalam tempoh sama tahun lepas, dipacu oleh yuran perkhidmatan lebih tinggi dan keuntungan pelaburan.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, katanya perolehan bagi suku ketiga meningkat 27.8 peratus kepada RM248.13 juta daripada RM194.12 juta sebelumnya.

Peningkatan pendapatan yang ketara itu adalah hasil sumbangan daripada yuran perkhidmatan aplikasi Web3 menerusi platform blockchain Zetrix serta keuntungan nilai saksama daripada pelaburan dalam HeiTech Padu Bhd.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept 2024, keuntungan bersih MYEG meningkat 53 peratus kepada RM516.42 juta daripada RM337.49 juta dalam tempoh sama tahun lepas, dengan perolehan menokok 31 peratus kepada RM723.37 juta daripada RM552.22 juta.

Pada masa hadapan, syarikat menjangka pertumbuhan yang mampan menerusi pelancaran perkhidmatan inovatif yang memanfaatkan teknologi blockchain dan Web3 di Malaysia dan di luarnya.

“Menerusi platform blockchain Layer 1 iaitu Zetrix yang pada masa ini beroperasi sepenuhnya, MYEG secara aktif mengkomersialkan perkhidmatan inovatif berikutan penerimagunaan Web 3.0 yang semakin pantas.

“Selain itu, pengintegrasian Zetrix dengan platform blockchain nasional China, Xing Huo, membolehkan perdagangan rentas sempadan yang lancar, menandakan penyertaan kumpulan ke pasaran global,” katanya.

Lembaga pengarah kekal optimis terhadap prospek jangka panjang MYEG, dengan mengambil kira potensi pertumbuhan yang kukuh, dipacu oleh kemajuan teknologi dan tawaran perkhidmatan baharu.

— BERNAMA

Tags: HeiTech PaduMYEGZetrix
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In