• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Perdana Petroleum Catat Untung Bersih Lebih Kukuh, Hasil Penggunaan Kapal Tinggi

in Catalyst
A A
Perdana Petroleum Kembali Pulih, Catat Keuntungan Bersih RM11.39 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) — Keuntungan bersih Perdana Petroleum Bhd melonjak 232 peratus kepada RM75.80 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024 daripada RM22.76 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Hasil kumpulan bagi suku itu juga meningkat 23 peratus kepada RM127.25 juta daripada RM103.92 juta.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, Perdana Petroleum mengaitkan hasil yang lebih tinggi bagi suku itu disebabkan penggunaan kapal yang meningkat kepada 78 peratus berbanding 76 peratus pada suku yang sama tahun lepas.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Kekurangan kapal sokongan luar pesisir untuk aktiviti pengeluaran dan operasi terus memacu permintaan yang lebih tinggi dan kadar sewa harian yang bertambah baik untuk kedua-dua kapal milik sendiri dan kapal pihak ketiga,” katanya.

Perdana Petroleum juga menyatakan hasil yang disumbangkan oleh kapal pihak ketiga pada suku semasa adalah 27 peratus lebih tinggi daripada yang dicapai tahun lepas.

Pengarah Urusan Jamalludin Obeng dalam satu kenyataan berkata aktiviti luar pesisir pada suku ketiga kekal kukuh, menghasilkan penggunaan yang lebih tinggi disebabkan bekalan kapal sokongan luar pesisir (OSV) yang terhad.

“Kadar penyewaan harian yang lebih baik untuk OSV menyumbang kepada prestasi kewangan Perdana Petroleum yang kukuh,” katanya.

Melangkah ke hadapan, Perdana Petroleum menzahirkan keyakinan dalam keadaan yang lebih berhati-hati berikutan dinamik geopolitik seperti ketegangan di Timur Tengah, ketidaktentuan dalam kadar pertukaran dolar AS/ringgit dan potensi peningkatan inflasi serta kadar faedah.

“Kami akan memanfaatkan kekuatan dan kecekapan kami yang lebih baik untuk kekal mampan dan relevan dalam jangka masa panjang,” tambahnya.

— BERNAMA

Tags: hasilOSVPerdana Petroleumsuku ketigauntung bersih
Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In