• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Ketika Wall Street Catat Prestasi Bercampur-Campur.

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) — Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur.

Pada masa sama, niaga hadapan Amerika Syarikat (AS) turut susut berikutan pengumuman Nvidia yang mencatat perolehan hasil lebih rendah daripada jangkaan dan menandakan pertumbuhan pesatnya kini menghampiri hadnya.

Setakat 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan sebanyak 1.60 mata kepada 1,596.58 berbanding pada paras 1,598.18, semalam.  

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Indeks itu dibuka menokok 1.63 mata lebih tinggi pada 1,599.81.  

Bagaimanapun, pasaran meluas positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 194 berbanding 167 manakala 271 kaunter kekal tidak berubah, 1,834 tidak didagangkan dan 23 digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 164.23 juta unit bernilai RM112.83 juta.

Mengulas Nvidia, Malacca Securities Sdn Bhd berkata prestasi itu kurang daripada jangkaan kerana walaupun penganalisis optimistik, namun syarikat itu berkemungkinan tidak dapat merealisasikannya.

“Kalangan peniaga akan terus memantau beberapa peristiwa penting termasuk jualan rumah sedia ada AS; tuntutan pengangguran dan indeks keyakinan pengguna di zon Eropah.

“(Di peringkat tempatan) menjelang musim cuti akhir tahun ini, kami kekal yakin terhadap prospek industri pelancongan dan penerbangan yang disokong oleh momentum dicatatkan AirAsia X Bhd dan Capital A Bhd,” katanya. 

Firma pembrokeran itu juga menyifatkan konflik Ukraine-Rusia yang meruncing mungkin mewujudkan peluang bagi saham berkaitan emas manakala dolar AS yang lebih kukuh serta potensi pentadbiran baharu Donald Trump melaksanakan tarif, akan terus memihak kepada sektor berorientasikan eksport seperti teknologi dan sarung tangan.

“Selain itu, kami juga optimis mengenai sektor pembinaan, hartanah dan bahan binaan yang mungkin meraih pertumbuhan momentum pendapatan yang didorong oleh pelaburan membabitkan pusat data awal pada tahun ini,” katanya. 

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank menokok 6.0 sen kepada RM10.18, CIMB meraih 3.0 sen kepada RM8.24, Tenaga Nasional berkurangan 18.0 sen kepada RM14.12, IHH Healthcare turun 2.0 sen kepada RM7.24 manakala Public Bank tidak berubah pada RM4.41.

Bagi saham aktif, MY E.G. Services meraih 2.0 sen kepada 90 sen, Perdana Petroleum meningkat setengah sen kepada 29 sen, Sealink International naik 3.5 sen kepada 31 sen, Sarawak Cable menokok 2.5 sen kepada 11.5 sen namun Reneuco turun setengah sen kepada 4.5 sen. 

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas Shariah susut 19.86 mata kepada 12,155.07, Indeks FBM Emas turun 6.56 mata kepada 12,159.32, Indeks FBMT 100 berkurangan 7.59 mata kepada 11,859.21 manakala Indeks FBM 70 naik 4.34 mata kepada 17,980.99 dan Indeks FBM ACE menambah 4.38 mata kepada 5,193.98.

Bagi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat sebanyak 43.22 mata kepada 19,066.46, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.62 mata kepada 171.56, Indeks Tenaga turun 0.41 mata kepada 828.50 dan Indeks Perladangan menguncup 33.57 mata kepada 7,641.05.  

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaWall Street
Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In