fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Dialog Catat Keuntungan Bersih Lebih Tinggi Sebanyak RM150.97 Juta

in Catalyst
A A
Untung Bersih Suku Ketiga Dialog Susut Kepada RM133.07 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) — Dialog Group Bhd catat keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM150.97 juta bagi suku pertama berakhir 30 Sept 2024 daripada RM132.17 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas. 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat perkhidmatan minyak dan gas itu berkata perolehan, bagaimanapun, susut kepada RM634.45 juta berbanding RM780.45 juta dalam suku yang sama sebelumnya.

Ini disebabkan oleh pelupusan syarikat penerokaan bersama Arab Saudinya, Dialog Jubail Supply Base (DJSB) selain pengurangan aktiviti dalam perniagaan antarabangsa.   

Berkaitan

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

Manakala, operasi Malaysianya kekal sibuk merentasi perniagaan huluan, pertengahan dan hiliran, langsung, meningkatkan sumbangan keuntungan kepada kumpulan menjelang suku kewangan semasa berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Ini disebabkan oleh prestasi perniagaan pertengahannya yang lebih baik berikutan lonjakan hasil daripada tarif dan kapasiti penyimpanan tangki yang agak tinggi.

Di peringkat antarabangsa, hasil termasuk keuntungan yang dicapai semasa suku pertama adalah rendah berbanding tempoh yang sama tahun sebelum ini di tengah-tengah aktiviti perniagaan yang berkurangan.

Selain itu, kumpulan juga telah bersetuju untuk melepaskan keseluruhan 60 peratus kepentingan ekuitinya dalam DJSB pada Ogos 2024. 

“Sementara belum selesai, keputusan DJSB tidak disatukan pada peringkat kumpulan untuk suku kewangan semasa, ini menyebabkan hasil dan keuntungan yang lebih rendah daripada operasi antarabangsa,” jelas syarikat itu,” jelas syarikat berkenaan.

Syarikat sekutunya, Morimatsu Dialog (Malaysia) Sdn Bhd (MDMSB), sedang mengembangkan kemudahan fabrikasinya di Pengerang dengan nilai pelaburan kira-kira RM250 juta.

Pengembangan ini bertujuan menyediakan penyelesaian teknikal serta fabrikasi sehenti bagi modul proses khusus dan gelincir untuk industri tenaga, kimia, farmaseutikal, tenaga solar serta pusat data. 

Sementara itu, kumpulan itu menandakan usaha pertamanya ke dalam kemudahan penyimpanan untuk produk bahan api boleh baharu di bawah Terminal Dialog Langsat.

Projek ini akan memberi perkhidmatan kepada pengguna berpotensi seperti syarikat pengeluaran biobahan api, firma penjanaan tenaga dan syarikat tenaga multinasional. 

“Fasa pertama yang terdiri daripada 24,000 meter padu (m3) kemudahan penyimpanan yang disambungkan ke ruang pemunggahan trak dan kemudahan marin sedia ada dijangka siap menjelang hujung 2024. 

“Fasa kedua yang merangkumi 150,000 m3 simpanan tambahan untuk produk boleh baharu dan petroleum dijangka siap pada September 2026,” kata kumpulan itu.

— BERNAMA

Tags: DialogDJSBKeputusan
Share205ShareSend

Related Posts

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]
Asas Saham

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

12 hours ago
AAB Akan Bayar RM8 Juta Kepada AAX Bagi Perjanjian Pajakan Tambahan Pesawat
Catalyst

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

1 day ago
Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas
Catalyst

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

1 day ago
Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih S1 Lebih Rendah Kepada RM30.37 Juta
Catalyst

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM41.5 Juta Pada Suku Pertama

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In