Orang selalu sebut kalau nak kaji fundamental syarikat, kena buat kajian pada laporan kewangan atau dikenali sebagai Quarter Report.
Laporan kewangan (QR) akan dikeluarkan pada setiap suku oleh setiap syarikat tersenarai. Jika syarikat tidak berjaya melaporkan QR, maka mereka akan diberi amaran oleh Bursa Malaysia dan seterusnya jika masih gagal melaporkan QR pada tempoh tambahan yang diberikan syarikat tersebut berpotensi dikenakan status PN17 / GN3 dan digantung.
Masalahnya sebagai seorang pelabur, mana nak cari laporan kewangan?
Terdapat beberapa tempat yang anda boleh pergi untuk cari laporan kewangan. Contohnya seperti di bawah.
1. KLSE Screener
Salah satu tempat yang mudah untuk cari dan muat turun laporan kewangan (QR) adalah di KLSE Screener. Saya percaya ramai pelabur yang pergi ke sini untuk muat turun QR dan membacanya.
Berikut adalah cara untuk muat turun laporan QR di KLSE Screener:
Langkah 1: Masukkan KLSE Sreener di enjin carian & klik Quarter Financial Reports

Langkah 2: Senarai syarikat terkini yang melaporkan QR akan terpapar.
Klik ikon di sebelah kanan untuk lihat laporan QR. Selain itu, anda juga boleh cari syarikat lain di ruangan ‘Search Ticker’.

Langkah 3: Muat turun laporan QR.

2. Malaysiastock.biz
Berikut adalah cara untuk muat turun laporan QR di Malaysiastock.biz:
Langkah 1: Masukkan nama saham di ruangan ‘Search’.

Langkah 2: Tatal (scroll) ke bawah dan klik keputusan terkini suku tahunan.

Langkah 3: Muat turun laporan QR

3. Laman Sesawang Bursa Malaysia
Berikut adalah cara untuk muat turun laporan QR di bursamalaysia.com
Langkah 1: Pergi ke laman Bursa Malaysia

Langkah 2: Klik Market Information, kemudian klik Company Announcements.

Langkah 3: Pilih Financial Results di bahagian Category, dan klik Search.
Kemudian senarai laporan terkini akan terpapar. Anda juga boleh pilih syarikat dengan memasukkan nama syarikat yang ingin dicari.

4. Laman Sesawang Syarikat Disenaraikan
Langkah 1: Pergi ke laman sesawang mana-mana syarikat tersenarai.
Dalam laman sesawang syarikat biasanya mempunyai bahagian ‘Investor Relations’. Klik Investor Relations dan kemudian Financial Results.

Sumber: Inari
Langkah 2: Muat turun laporan QR

Sumber: Inari
Kesimpulan
Mudah bukan cara untuk dapatkan laporan QR? Sekarang apa kata anda cuba muat turun satu laporan kewangan dan mulakan kajian anda.
Buat duit ketika musim QR!
Setiap Quarter Report (QR) ada ceritanya, jangan sampai rugi sebab syarikat umum QR..
❌ Ini bukan kelas preview,
Kita akan terus belajar:-
✅ Cara pilih dan tapis saham yang baik untuk buat ‘Watchlist’ dikala musim QR
✅ Belajar kenal pasti syarikat bermasalah yang patut dielakkan
✅ Serta case study untuk dijadikan panduan
