• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 8, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Hibiscus Petroleum Catat Keuntungan Bersih Lebih Rendah Sebanyak RM75.60 Juta

in Catalyst
A A
Untung Bersih Tahun Kewangan 2022 Hibiscus Petroleum Melonjak Kepada RM613 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) — Keuntungan bersih Hibiscus Petroleum Bhd bagi suku pertama berakhir 30 Sept 2024, susut kepada RM75.60 juta daripada RM154.30 juta yang dicatatkan semasa suku yang sama tahun sebelum ini.

Hasil turut merosot kepada RM477.40 juta berbanding RM746.62 juta pada suku perbandingan, manakala pendapatan sesaham jatuh kepada 9.54 sen daripada 19.17 sen, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Syarikat minyak dan gas itu mengisytiharkan dividen interim satu peringkat pertama sebanyak 2.0 sen sesaham, yang akan dibayar menjelang 22 Jan 2025, berdasarkan tarikh kelayakan dividen yang ditetapkan pada 27 Dis 2024.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Sejumlah 1.67 juta tong setara minyak (boe) telah dijual pada suku semasa merangkumi                       1.02 juta tong minyak mentah serta 3,909 juta kaki padu standard (MMscf) gas.

“Pada 14 Okt 2024, kumpulan itu telah menyempurnakan pengambilalihan TotalEnergies EP Brunei, melalui cawangannya di Brunei, memegang kepentingan dan pengendalian di lapangan Blok B Maharajalela Jamalulam yang terletak di Brunei,” katanya lagi.

“Projek yang sedang dilaksanakan (South Furious) 30 Waterflood dan Teal West) kekal di landasan untuk memberi impak kepada volum pengeluaran menjelang akhir tahun 2025,” tambahnya lagi.

Hibiscus Petroleum ketika mengulas mengenai prospek berkata ia sedang melabur bersama Petronas Carigali Sdn Bhd dalam beberapa peluang berkaitan penerokaan yang terletak di sekitar infrastruktur yang kini dikendalikan oleh kedua-dua pihak sebagai sebahagian daripada rancangan masa depan kumpulan untuk operasinya di Malaysia.

“Secara keseluruhan, kumpulan berada pada kedudukan terbaik bagi membina rekod prestasi operasinya yang cemerlang, yang telah dibangunkan di Malaysia dan United Kingdom, kami juga kekal fokus untuk memberikan prestasi optimum dalam persekitaran harga minyak yang kukuh,” katanya.

— BERNAMA

Buat duit ketika musim QR!

Setiap Quarter Report (QR) ada ceritanya, jangan sampai rugi sebab syarikat umum QR..  

❌ Ini bukan kelas preview,

Kita akan terus belajar:-

✅ Cara pilih dan tapis saham yang baik untuk buat ‘Watchlist’ dikala musim QR
✅ Belajar kenal pasti syarikat bermasalah yang patut dielakkan
✅ Serta case study untuk dijadikan panduan

SAYA NAK DAFTAR
Tags: Hibiscus Petroleum
Share205ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In