• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

CelcomDigi Catat Untung Bersih Rendah Sedikit Kepada RM436.98 Juta Pada Suku Ketiga

in Catalyst
A A
Untung Bersih Suku Ketiga CelcomDigi Melonjak Kepada RM455.72 Juta, Umum Dividen 3.3 Sen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) — CelcomDigi Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sedikit kepada RM436.98 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024 (S3 2024) berbanding RM455.72 juta pada suku yang sama sebelumnya.

Hasil, bagaimanapun, meningkat kepada RM3.13 bilion daripada RM3.10 bilion yang dicatatkan pada S3 2024, didorong oleh pelaksanaan pasaran yang berkesan dan operasi yang cemerlang.

Bagi tempoh sembilan bulan 2024, kumpulan itu mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi kepada RM1.22 bilion berbanding RM1.12 bilion pada sembilan bulan sebelumnya, manakala hasil turun sedikit kepada RM9.40 bilion daripada RM9.41 bilion pada tempoh yang sama tahun lepas.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, CelcomDigi melaporkan inisiatif penyepaduan dan transformasinya yang merentas peruncitan, rangkaian dan teknologi maklumat (IT), memacu realisasi sinergi dan meningkatkan pengalaman pelanggan telah mencatatkan kejayaan yang kukuh.

“Prestasi pertumbuhan suku ketiga 2024 yang stabil didorong oleh keuntungan asas yang berdaya tahan daripada pelanggan berkualiti yang semakin meningkat,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi Datuk Idham Nawawi berkata syarikat itu terus meningkatkan kecemerlangan pelanggan dengan menawarkan produk-produk bernilai yang terbaik secara konsisten, serta memperkaya pengalaman pelanggan melalui rangkaian yang dipertingkatkan dan model peruncitan baharu, ‘digital-everything’.

“Prestasi suku ketiga kami yang berdaya tahan adalah hasil tumpuan berterusan kami terhadap pertumbuhan yang menguntungkan dan mampan, pengurusan kos yang berdisiplin dan keupayaan kami untuk terus merealisasikan sinergi daripada penggabungan itu,” tambahnya.

CelcomDigi berkata usaha penyepaduan dan pemodenan rangkaiannya kini hampir 70 peratus siap, dengan lebih 10,500 tapak dimodenkan menjelang akhir Oktober 2024 dan lebih 65 peratus pelanggan mendapat manfaat daripada peningkatan kualiti pengalaman pada rangkaian pintar CelcomDigi baharu.

Syarikat itu menyasarkan untuk menyelesaikan peningkatan rangkaiannya sebanyak 75 peratus menjelang akhir 2024, lebih awal daripada sasarannya.

Sementara itu, kumpulan berkenaan turut mengisytiharkan dividen interim ketiga sebanyak 3.6 sen sesaham atau RM422 juta, tertinggi dalam tempoh empat suku terakhir yang akan dibayar pada 23 Dis, 2024.

Pada rehat tengah hari, harga saham CelcomDigi naik empat sen kepada RM3.37 sesaham dengan sejumlah 997,700 saham diniagakan.

— BERNAMA

Tags: CelcomDigiIdham NawawiKeputusansuku ketiga 2024telekomunikasi
Share205ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In