• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, December 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) — Indeks utama Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini walaupun Wall Street rendah pada Jumaat lepas berikutan penganalisis berhati-hati bahawa lonjakan yang didorong oleh Trump mungkin tidak akan berterusan lagi selepas Parti Republikan menguasai Dewan Perwakilan dan Senat.  

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.62 mata kepada 1,593.06 daripada 1,592.44 pada Jumaat lepas.  

Indeks petunjuk pasaran memulakan dagangan hari ini dengan naik 0.47 mata kepada 1,592.91.  

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bagaimanapun, pasaran secara keseluruhannya mencerminkan sentimen bercampur-campur, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 191 berbanding 176.

Sementara itu, 309 kaunter kekal tidak berubah, 1,781 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.  

Jumlah dagangan sebanyak 334.14 juta saham bernilai RM90.64 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata susulan Parti Republikan menguasai Dewan Perwakilan dan Senat, ia mungkin akan memberi impak negatif dan sentimen pasaran juga mungkin berubah menjadi terlalu optimis dengan risiko yang tinggi.

“Sementara itu, hasil AS untuk tempoh 10 tahun kekal pada paras tinggi pada 4.445 peratus walaupun terdapat penurunan sebanyak 25 mata asas baru-baru ini.  

“Di Hong Kong, Indeks Hang Seng (HSI) ditutup mendatar selepas sesi dagangan yang tidak menentu berikutan jualan runcit China yang terkini sebanyak 4.8 peratus dan penurunan harga rumah yang perlahan tidak mencukupi untuk meningkatkan keyakinan peniaga,” katanya kepada Bernama.  

Dalam negara, katanya FBM KLCI mencatatkan penurunan yang mengejutkan apabila ia ditutup di bawah paras 1,600 minggu lepas, menunjukkan potensi fasa konsolidasi yang panjang jika ia tidak meningkat semula dengan segera hari ini.  

“Oleh itu, kami menjangka terdapat aktiviti belian saham pada harga rendah dan indeks berada dalam julat 1,595–1,605 hari ini,” katanya.  

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Tenaga Nasional dan IHH Healthcare, masing-masing naik dua sen kepada RM14.22 dan RM7.25, CIMB Group meningkat empat sen kepada RM8.23, bagaimanapun Public Bank merosot tiga sen kepada RM4.44 dan Maybank berkurangan enam sen kepada RM10.30.  

Bagi saham aktif, 3REN, Bumi Armada dan Yew Lee Pacific Group, masing-masing menambah setengah sen kepada 41 sen, 54 sen dan 43 sen, Top Glove naik empat sen kepada RM1.14 manakala P.A. Resources tidak berubah pada 29 sen.  

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Shariah naik 37.13 mata kepada 12,060.43, Indeks FBM Emas meningkat 16.50 mata kepada 12,121.82, Indeks FBMT 100 menambah 16.34 mata kepada 11,822.54 dan Indeks FBM 70 melonjak 67.93 mata kepada 17,886.81.

Indeks FBM ACE naik 9.01 mata kepada 5,156.17.  

Mengikut sektor, Indeks Tenaga meningkat 1.0 mata kepada 828.17, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 42.71 mata kepada 19,114.13, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 1.55 mata kepada 169.82 dan Indeks Perladangan naik 1.91 mata kepada 7,628.09.  

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaThong Pak Leng
Share202ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In