fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih Keyfield Naik Kepada RM81.12 Juta Pada Suku Ketiga

in Catalyst
A A
Untung Bersih Keyfield Bagi TK2023 Naik Kepada RM105.47 Juta Menjelang Penyenaraian
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) — Keyfield International Bhd mencatatkan keuntungan bersih tertinggi sebanyak RM81.12 juta pada suku ketiga berakhir 30 September, 2024 berbanding RM45.78 juta pada suku sama tahun lepas.

Perolehan juga meningkat kepada RM216.79 juta berbanding RM148.95 juta sebelumnya, mencerminkan suku yang kukuh untuk perniagaan sewaan kapal syarikat itu, kata Keyfield dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Bagi sembilan bulan terkumpul tahun kewangan 2024, keuntungan bersih kumpulan meningkat kepada RM181.45 juta daripada RM83.35 juta dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas manakala hasil juga melonjak kepada RM522.15 juta daripada RM310.92 juta sebelumnya.

Berkaitan

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Enproserve Terlebih Langgan 0.43 Kali

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Keyfield Datuk Darren Kee Chit Huei berkata prestasi kukuh suku dalam tinjauan disokong kebanyakannya oleh kadar penggunaan tinggi dan jumlah penggunaan kapal sendiri yang lebih tinggi. 

“Kami terus mengutamakan keperluan pelanggan Keyfield dan menyelaraskan keupayaan kapal kami dan keadaan operasi dengan keperluan kompleks mereka.

“Apabila kami mengembangkan perniagaan, syarikat akan terus memberi tumpuan kepada keadaan dan keperluan pasaran, memastikan pertumbuhan mampan kami dengan memenuhi keperluan yang berubah-ubah itu,” katanya.

Sementara itu, kumpulan itu juga mengisytiharkan dividen interim ketiga sebanyak 4.0 sen sesaham biasa berjumlah RM32.1 juta, ia akan dibayar kepada pemegang saham yang berhak pada 19 Disember, 2024.

Pada penutupan dagangan hari ini, harga saham Keyfield meningkat satu sen kepada RM2.26 sesaham dan sebanyak 1.436 juta saham bertukar tangan.

— BERNAMA

Tags: dividenkapalKeputusankeuntungan bersihKeyfield International
Share204ShareSend

Related Posts

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen
Catalyst

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

1 day ago
10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Enproserve Group Berhad
Catalyst

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Enproserve Terlebih Langgan 0.43 Kali

1 day ago
Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta
Catalyst

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

1 day ago
Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai
Catalyst

Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai

1 day ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In