• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Minat Belian Baharu

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) — Indeks utama Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini berikutan minat belian baharu, justeru mengatasi prestasi Wall Street yang lemah dalam tempoh semalaman.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.48 mata kepada 1,602.16 daripada 1,600.68 semasa ditutup semalam.

Indeks petunjuk pasaran itu memulakan dagangan hari ini dengan 0.75 mata lebih tinggi kepada 1,601.43.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bagaimanapun, di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 170 berbanding 167, manakala 223 kaunter tidak berubah, 1,904 kaunter tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 174.76 juta saham bernilai RM79.60 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata peniaga membeli dan menjual dalam tempoh singkat untuk meraih keuntungan segera.

“Peniaga kembali berhati-hati dan tidak mahu memegang saham dalam tempoh yang panjang,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat global, Hong Leong Investment Bank Bhd berkata, berikutan peningkatan yang diraih selepas pilihan raya mulai reda, saham global menyusut selepas data Amerika Syarikat (AS) dan kenyataan terkini daripada Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS (Fed) Jerome Powell menunjukkan keadaan ekonomi yang kukuh membolehkan Feduntuk berhati-hati dengan penurunan kadar faedah pada masa akan datang.

Indeks Harga Pengeluar (IHPR) AS yang terbaru dilaporkan menepati jangkaan, dengan IHPR dan IHPR teras mencatat peningkatan bulanan, iaitu masing-masing 0.2 peratus dan 0.3 peratus.

“Sentimen turut terkesan oleh pemilihan Donald Trump bagi calon-calon jawatan utama dalam kerajaan yang dijangka melaksanakan polisi Make America Great Again (MAGA) Trump mengenai sempadan, perdagangan, keselamatan negara dan ekonomi,” katanya dalam nota hari ini.

Hari ini, peniaga akan memantau dengan teliti data jualan runcit AS dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2024.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah enam sen kepada RM10.36, Tenaga Nasional naik dua sen kepada RM14.32 dan IHH Healthcare menokok lima sen kepada RM7.25.

CIMB Group dan Public Bank pula masing-masing rendah satu sen kepada RM8.19 dan RM4.46.

Bagi saham aktif, Metro Healthcare yang baru disenaraikan naik setengah sen kepada 25.5 sen, ATA IMS meningkat 1.5 sen kepada 30.5 sen, Bumi Armada menokok satu sen kepada 51 sen manakala PUC dan Cape EMS tidak berubah pada 3.5 sen dan 38 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Syariah menokok 15.98 mata kepada 12,125.83, Indeks FBM Emas meningkat 12.64 mata kepada 12,158.09, Indeks FBMT 100 naik 13.07 mata kepada 11,858.95, Indeks FBM 70 menambah 27.31 mata kepada 17,827.59 manakala Indeks FBM ACE susut 2.67 mata kepada 5,126.92.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga menokok 4.15 mata kepada 831.44, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 16.67 mata kepada 19,110.90 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian mengukuh 0.59 mata kepada 168.44.

 Indeks Perladangan pula rendah 4.86 mata kepada 7,7679.33.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaHong Leong Investment BankThong Pak LengWall Street
Share203ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

5 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In